KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Petronas memutuskan untuk menamatkan kerjasama membabitkan perkongsian hak dalam pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) pada penghujung saingan kejuaraan dunia Motosikal Grand Prix (MotoGP) musim 2021.
SIC dalam kenyataan memaklumkan penamatan kerjasama itu menyaksikan Petronas turut menamatkan kerjasama dengan Petronas Sprinta Racing dalam saingan Moto2 dan Moto3 sejak 2018 sebelum kerjasama berkenaan berkembang hingga saingan MotoGP menerusi Petronas Yamaha Sepang Racing Team (PYSRT).
Menurut SIC, pasukan berkenaan dijangka membuat pengumuman berkaitan kesinambungan mereka dalam perlumbaan MotoGP bagi musim 2022 dan seterusnya di bawah sebuah entiti baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata menerusi kerjasama berkenaan, banyak pencapaian telah dikecapi bersama oleh kedua-dua pihak.
"Kami menghormati keputusan Petronas, dan bersetuju bahawa kerjasama ini telah mencapai matlamat dan objektifnya. Saya percaya ini bukan penamat kepada kerjasama kami dalam sukan permotoran kerana kami akan meneruskan pencarian bakat-bakat baharu di seluruh negara.
"SIC juga berbangga kerana turut terlibat dalam pembentukan dan perkembangan awal pasukan yang melebihi jangkaan dalam prestasi mereka. Kami ucapkan selamat maju jaya dalam fasa seterusnya di bawah entiti baharu," katanya.
Sementara itu, Ketua Komunikasi Strategik Petronas Datin Anita Azrina Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada SIC atas komitmen mereka dalam memastikan kejayaan menjayakan kerjasama berkenaan.
"Bersama kita telah mencipta detik-detik menonjol dalam sukan ini, menunjukkan kita telah capai apa kita sasar untuk dilakukan dan merasakan ia adalah masa yang baik untuk memuktamadkan kerjasama," katanya.
Menerusi kerjasama berkenaan, pasukan Petronas Yamaha SRT membuat penampilan sulung dalam Kelas Premier pada musim 2019 dengan cemerlang apabila dianugerahkan sebagai Pasukan Bebas Terbaik dan menamatkan saingan di kedudukan keempat keseluruhan Kejohanan Dunia MotoGP.
Ketika pandemik melanda pada musim 2020, pasukan itu merekodkan enam kemenangan dan menamatkan saingan di kedudukan kedua kejohanan dunia dan sekali lagi meraih gelaran Pasukan Bebas Terbaik dengan pelumbanya Franco Morbidelli muncul naib juara MotoGP.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 14 2021
Azhan Shafriman Hanif berkata menerusi kerjasama berkenaan, banyak pencapaian telah dikecapi bersama oleh kedua-dua pihak. Foto BERNAMA
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara
Jorge Martin berjaya mengakhiri perlumbaan di podium tertinggi kejuaraan berprestij itu.
Barcelona mungkin anjur perlumbaan kemuncak MotoGP 2024 - Dorna Sports
Ezpeleta berkata mereka sedang berbincang dengan kerajaan Catalonia untuk mengadakan perlumbaan terakhir di lokasi berkenaan.
MotoGP perlumbaan Barcelona agak mencabar - Bagnaia
Pelumba kelahiran Itali itu mengakui cabaran Litar de Catalunya selepas melalui pengalaman terjatuh di litar berkenaan pada Jun lalu.
PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.
Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia.
MotoGP: Khairul Idham Pawi patah tangan kiri, terlepas perlumbaan sebenar esok
Khairul Idham Pawi dan Helmi Azman terlibat dalam kemalangan pada penghujung perlumbaan pusingan kelayakan 1 bagi kelas Moto2 MotoGP Malaysia.
MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama
Juara Dunia Francesco Bagnaia yang sekali lagi mencatatkan rekod baharu sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang.
FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan sedia gegar Sepang
Walaupun masih berusia 12 tahun, dia optimis dengan latihan yang secukupnya mampu meningkatkan penggalamannya.
Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi
Moto GP Argentina 2024 terpaksa dibatalkan berikutan krisis ekonomi yang melanda negara itu.
Tindakan agresif Damok 'makan diri' di Sepang
Tindakan agresif pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada aksi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2023, memakan diri sendiri.