KUALA LUMPUR:Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan melihat kepada bidang yang belum dimanfaatkan untuk mempelbagaikan pendapatannya agar terus bertahan semasa pandemik COVID-19, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Azhan Shafriman Hanif.
Beliau berkata sukan permotoran tempatan merupakan antara industri yang terjejas teruk oleh pandemik berkenaan, justeru pembukaan trek untuk acara larian dan berbasikal yang selamat merupakan antara inisiatif tersebut.
"Kira-kira 80 hingga 90 peratus perniagaan kami diperoleh melalui sewaan trek dan bahagian lain ialah acara antarabangsa.
"Apabila saya memasuki (bidang ini), saya lihat banyak perniagaan yang kita tidak manfaatkan lagi, sebagai contoh sekarang berbasikal amat diminati, mengapa kita tidak gunakan litar ini untuk kegunaan semua.
"Lebih banyak acara di SIC dengan prosedur operasi standard (SOP) jadi sesiapa sahaja boleh berbasikal dengan selamat di sini.
"Saya ingin membuka SIC untuk lebih ramai orang... dipanggil merakyatkan SIC... Bukan sahaja datang untuk menonton perlumbaan, tetapi juga untuk acara lain," katanya pada webinar Steering and Marshalling the Motorsports Industry into 2021 anjuran Richard Wee Chambers.
Azhan Shafriman berkata beliau melihat peluang baik untuk memula dan menetapkan semula SIC sebagai satu jenama pada tempoh mencabar ini dan bersedia untuk merebut peluang itu apabila pasaran beralih ke arah SIC dalam kebiasaan baharu ini.
Memandangkan pemerolehan penajaan dijangka sukar pada 2021, beliau berkata sektor korporat masih boleh menyokong sektor permotoran menerusi penajaan dalam bentuk lain berbanding sumbangan dana.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) Muizz Azli berkata sasaran persatuan itu pada tahun ini adalah untuk memastikan perlumbaan tempatan dan antarabangsa di negara ini dapat diadakan walaupun ia bergantung kepada keadaan wabak COVID-19.
"Aturannya mudah, bagi pelumba untuk mendapat bayaran daripada pasukan dan pasukan dibayar oleh penaja, mereka perlu menghidupkan enjin (berlumba). Pada masa ini, sasaran kami adalah membantu litar dan penganjur menganjurkan acara.
"Saya menerima beberapa cadangan daripada penganjur untuk mengadakan acara, mencari sokongan untuk acara, pemilik trek dan kemudahan mengenai bagaimana kita boleh selaras... Apabila semua sedia, kita perlu melaksanakannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 07 2021
Azhan Shafriman berkata beliau melihat peluang baik untuk memula dan menetapkan semula SIC sebagai satu jenama pada tempoh mencabar ini. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
SIC dijenamakan semula sebagai Litar Antarabangsa Petronas Sepang
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini dikenali sebagai Litar Antarabangsa Petronas Sepang selepas pemeteraian perjanjian hak penamaan selama tiga tahun.
SIC perkenal tiket Rahmah RM49.90 saksikan GP Malaysia 2023
Sebanyak 7,000 tiket di K2 Hillstand mula dijual semalam kepada semua rakyat Malaysia secara dalam talian dan kaunter jualan tiket.
Malaysia bakal terima kedatangan 11,000 peminat Indonesia ke Grand Prix 2023
SIC komited untuk memberikan kualiti tertinggi untuk perlumbaan dan akan memastikan penonton akan menyaksikan aksi hebat di trek.
SIC mahu lari dari stigma tempat elit
SIC mahu tukar persepsi dengan buka lebih lagi banyak ruang untuk acara lain, tidak hanya terhad pada Formula 1 semata-mata.
Permukaan litar SIC bakal diturap bermula Mac
Penurapan litar tersebut hanya membabitkan sepanjang 5.54 kilometer (km) dan hanya melibatkan kira-kira satu km di Selekoh 7, 8 dan 9.
GP Malaysia: Damok sahut cabaran untuk berada di kelompok utama
Pelumba muda negara Syarifuddin Azman bertekad untuk berada dalam kelompok hadapan meskipun hanya beraksi atas tiket wild card' Moto3 pada pentas Kejuaraan MotoGP di Grand Prix (GP) Malaysia 2022.
SIC perkenal pusat pengalaman memandu pertama di Asia Tenggara
Fasiliti DEC itu selaku hab pendidikan permotoran, akan mula dibina di kawasan SIC pada bulan ini dan dijangka siap tahun hadapan.
Tiada perancangan anjur F1 di Malaysia dalam masa terdekat
Ini bukan waktu tepat untuk menganjurkan semula perlumbaan itu mengambil kira usaha kerajaan ketika ini dalam membantu rakyat membina semula kehidupan ekoran pandemik COVID-19.
MotoGP: SIC masih tunggu kelulusan anjur GP Malaysia 2022
Azhan menaruh harapan permohonan penganjuran GP Malaysia itu akan diluluskan selepas berakhirnya Ujian Musim Sejuk MotoGP 2022.
SIC tidak berhasrat hukum komuniti perlumbaan drag
Azhan berkata komuniti perlumbaan drag adalah sebahagian daripada keluarga sukan permotoran, yang perlu dididik mengenai pematuhan kepada SOP.