awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sieh Kok Chi meninggal dunia pada usia 83 tahun

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2022
14:05 MYT
Sieh Kok Chi meninggal dunia pada usia 83 tahun
Pemergian Kok Chi merupakan satu kehilangan besar buat sukan dan pergerakan Olimpik di Malaysia.
KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi meninggal dunia pada Sabtu lalu ketika berusia 83 tahun.
Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria berkata, pemergian Kok Chi merupakan satu kehilangan besar buat sukan dan pergerakan Olimpik di Malaysia.
“Kami amat berdukacita dengan berita pemergian bekas setiausaha kami yang telah lama berkhidmat iaitu Datuk Sieh Kok Chi.
“Kok Chi telah memainkan peranan yang sangat penting ke arah pembangunan sukan dan sumbangan profesional beliau memajukan Pergerakan Olimpik di Malaysia.
“Beliau dikenali ramai sebagai salah seorang individu yang bertanggungjawab untuk kemakmuran MOM, berada di sana sejak dari awal penubuhannya sehinggalah badan ini dapat berdiri dengan kukuh sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Kok Chi memulakan perkhidmatannya secara sukarela dalam MOM sejak 1974.
Beliau pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa dan pasukan petugas sebelum dipilih sebagai setiausaha kehormat pada tahun 1992.
Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung MOM dari tahun 2013 hingga 2015 sebelum dilantik menjadi penolong setiausaha agung pada tahun 2015 hingga 2018.
Topic Berkaitan
#Sieh Kok Chi
#meninggal dunia
#MOM
#Bekas Setiausaha Kehormat MOM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan