SEREMBAN: Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari menampilkan aksi cemerlang apabila merangkul Trofi Tuanku Muhriz 2023 setelah menewaskan rakan senegara dan juara bertahan, Aira Azman dalam perlawanan akhir di Kompleks Squash, di sini, hari ini.
Atlet kelahiran Sungai Petani, Kedah itu hanya mengambil masa 27 minit untuk mengetepikan cabaran Aira dengan kemenangan straight set 11-8, 11-8, 11-9 untuk merangkul gelaran sulungnya musim ini.
Ketika ditemui pemberita, pemain pilihan utama kejohanan itu menyifatkan kemenangan tersebut sebagai penyuntik semangat dan keyakinannya selepas berehat panjang akibat kemalangan jalan raya pada tahun lalu.
Beliau yang kini menduduki ranking ke-46 dunia itu berkata kemenangan itu juga sebagai persediaan terbaik bagi menghadapi Sukan Asia Hangzhou 2022 di China dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.
"Saya gembira memenangi pertandingan ini. Ia bagus untuk saya kerana hanya mempunyai dua kejohanan sebelum Sukan Asia. Sukan Asia adalah temasya besar dan saya telah menetapkan matlamat untuk melakukannya dengan sangat baik," kata pemain berusia 25 tahun itu.
Sementara itu, Aira, yang akur dengan kehebatan Sivasangari berkata perlawanan berkenaan sebagai pendedahan terbaik buatnya bagi menghadapi temasya Sukan Asia nanti.
"Selepas ini saya akan fokus kepada Sukan Asia kerana ia penyertaan pertama saya dan sudah tentu saingannya lebih sukar dan bukan mudah untuk mencipta kejayaan, namun saya akan berusaha memberikan persembahan terbaik dan mendapatkan keputusan memuaskan," katanya.
Sementara itu, dalam kategori lelaki pula menyaksikan pemain Mesir, Aly Hussein muncul juara selepas mengejutkan pilihan kedua Muhammad Asim Khan dari Pakistan 11-3, 11-1, 11-4.
Trofi Tuanku Muhriz merupakan kejohanan berstatus Jelajah Cabaran PSA (Persatuan Skuasy Profesional) iaitu kejohanan dalam kelas lebih rendah berbanding Jelajah Dunia PSA.
Majlis penyampaian pingat disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaku Penaung Persatuan Squasy Negeri Sembilan.
Turut berangkat menyaksikan perlawanan akhir itu Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Terdahulu, Tuanku Muhriz turut merasmikan gelanggang pusat skuasy berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023
Juara Tuanku Muhriz Trophy Lelaki Aly Hussein dari Mesir dan Wanita S Sivangari dari Malaysia bergambar bersama piala masing-masing pada majlis pelancaran Pusat Skuasy dan Pertandingan Akhir Tuanku Muhriz Trophy. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Sivasangari rangkul Trofi Tuanku Muhriz 2023
Sivasangari hanya mengambil masa 27 minit untuk mengetepikan cabaran Aira dengan kemenangan straight set 11-8, 11-8, 11-9 untuk merangkul gelaran sulungnya musim ini.