awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal peras ugut: Paul Pogba diberi perlindungan polis Turin

Astro Arena
Astro Arena
19/09/2022
03:42 MYT
Skandal peras ugut: Paul Pogba diberi perlindungan polis Turin
Pogba menjadi sasaran kumpulan penjenayah terancang yang turut melibatkan abangnya yang dipercayai menuntut 11.3 juta pound (RM58.6j). - REUTERS
SKANDAL memeras ugut yang mengaitkan bintang Juventus, Paul Pogba, menyaksikan pemain tengah itu kini berada di bawah perlindungan polis di Turin, menurut laporan di negara asalnya, Perancis.
Pogba menjadi sasaran kumpulan penjenayah terancang yang turut melibatkan abangnya yang dipercayai menuntut 11.3 juta pound (RM58.6j).
Menurut laporan Le Parisien, Mathias Pogba kini telah ditahan dan akan didakwa tidak lama lagi termasuk empat individu lain.
Awal bulan ini, pejabat pendakwa raya Paris membuka siasatan kehakiman terhadap dakwaan Paul Pogba bahawa dia menjadi sasaran cubaan pemerasan dan ugutan daripada kumpulan penjenayah.
Mereka dipercayai terdiri daripada rakan-rakannya pada zaman remaja -- bersenjatakan senapang M16 -- yang meminta pampasan wang perlindungan selama 13 tahun.
Pogba -- yang dalam pemulihan lutut -- dipercayai mula diganggu sejak Mac lalu ketika masih bergelar pemain Manchester United sebelum kembali ke pangkuan Juventus awal musim ini.
Dia dipercayai sempat membayar 85,000 pound (RM440,934) kepada kumpulan penjenayah terbabit pada musim panas lalu. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Paul Pogba
#peras ugut
#polis Turin
#Juventus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan