KUALA LUMPUR: Pemain Mesir Mazen Hesham bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menundukkan rakan senegara dan pilihan pertama kejohanan Tarek Momen 2-11, 8-11, 11-6, 11-8, 11-5 untuk menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2022 semalam.
Mazen yang berada di ranking kesembilan dunia terpaksa bertarung selama 45 minit untuk menewaskan Tarek yang merupakan pemain nombor tujuh dunia di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di sini.
Pemain berusia 28 tahun itu yang merupakan pilihan ketiga kejohanan berkata kemenangannya itu merupakan hasil kerja keras.
"Hari ini merupakan hari yang paling menggembirakan buat saya, selepas muncul juara. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, sepupu dan setiap orang yang rapat dengan saya yang menyokong saya melalui saat yang mencabar ini," kata beliau.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir selaku Penaung Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM).
Sementara itu, wakil Belgium Nele Gilis yang muncul juara perseorangan wanita Terbuka Malaysia buat julung kali tidak dapat menahan emosi dengan air mata kegembiraannya mengalir selepas segala apa yang dirancangnya menjadi.
Pemain pilihan kedua kejohanan itu menewaskan pilihan utama dari Amerika Syarikat, Olivia Fiechter 5-11, 11-5, 13-11, 11-9 yang berlangsung selama 59 minit.
"Kemenangan di Malaysia buat kali pertama amat bermakna bagi saya kerana ia sememangnya perlawanan yang mencabar. Kami pernah bertemu di Terbuka Singapura 2022 minggu lepas, jadi saya rasa saya sudah menemui rentak sendiri apabila berhadapan beliau hari ini.
"Kemenangan ini adalah untuk keluarga saya kerana mereka tiada di sini begitu juga rakan-rakan, jurulatih dan semua pasukan saya yang bekerja keras untuk membantu saya meningkatkan mutu permainan kerana saya percaya tanpa mereka, memenangi perlawanan ini adalah mustahil," kata pemain berusia 26 tahun itu.
Kejohanan Terbuka Malaysia menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$52,500 (RM235,200) untuk kedua-dua kategori lelaki dan wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2022

Mazen Hesham dan Nele Gilis bergambar bersama pada akhir kejohanan di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil semalam. --fotoBERNAMA

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.

Makaf lantik jurulatih Mesir dengan hasrat bawa pulang emas Sukan Asia
Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) melantik ketua jurulatih baharu dari Mesir, Tamer Adbelraouf Mohamed Mourssy dengan sasaran untuk kembali melihat kilauan emas di Sukan Asia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mesir: Tiket kereta api untuk warga asing dijual dalam USD, euro mulai 2023
Menteri Pengangkutan Mesir Kamel Wazir pada Ahad berkata warga asing boleh membeli tiket kereta api dalam mata wang dolar AS atau euro mulai Januari, lapor Sputnik.

Tanah runtuh Batang Kali: Mesir ucap takziah kepada Malaysia
Kerajaan Republik Arab Mesir menzahirkan ucapan takziah kepada Malaysia atas kejadian tanah runtuh Jumaat lepas di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya, di Batang Kali, Selangor yang

Mesir sekat skuad negara di separuh akhir Kejohanan Wanita Dunia
Chan Yiwen pamer aksi cemerlang dalam set pertama sebelum tewas kepada pemain nombor tiga dunia dari Mesir, Hania El Hammamy 11-8, 11-2, 11-5.

Skuasy: Malaysia mara ke separuh akhir kejohanan dunia wanita
Pasukan Malaysia mempamerkan persembahan terpuji, membalas dendam atas kekalahan 2-1 dalam pertemuan akhir peringkat Asia bulan lepas.

Presiden Mesir ucap tahniah kepada PM Anwar
Abdel Fattah Al Sisi berharap dapat memperdalam hubungan dua hala antara Mesir dan Malaysia.

Dior julung kali anjur pertunjukan fesyen di Piramid Giza Mesir
Ia merupakan kali pertama dalam sejarah pertunjukan fesyen berlangsung di Piramid Giza.

Skuasy: Mazen, Gilis juarai Terbuka Malaysia 2022
Mazen yang berada di ranking kesembilan dunia terpaksa bertarung selama 45 minit untuk menewaskan Tarek.

20 terbunuh di Mesir, bas mini terjatuh dalam terusan
Kementerian Kesihatan berkata 18 ambulans dihantar ke tempat kejadian untuk mencari mangsa yang terselamat.