Kelab penyokong rasmi Chelsea FC, Soljabiru muncul juara Liga Fantasi Bual Bola AWANI selepas mengatasi cabaran kelab penyokong Manchester City, Manchester City Malaysia (MCM).

Soljabiru yang diterajui Che Shamsida Nasir mengumpul 6,562 mata keseluruhan, selepas tamat musim 2018/19 Liga Perdana Inggeris (EPL).

Che Shamsida menerusi pasukan fantasi, The Blues Blasters mengumpul 2,305 mata keseluruhan, untuk muncul juara kategori individu.

MCM Cyberjaya yang dikendali Afis Mape yang kerap mengekor rapat Che Shamsida, dipintas Nik Irsham dari pasukan ARM Kaki Langgar FC yang mewakili kelab penyokong Liverpool, All Reds Malaysia (ARM).

Dalam saingan kumpulan, Soljabiru mengumpul 6,562 mata di hadapan MCM, yang mengumpul 6,473 mata, diikuti Arsenal Malaysia, 6,409 mata.

ARM menamatkan liga fantasi di tangga keempat dengan 6,275 mata diikuti kelab penyokong Manchester United, MyManUtd, 5,941 mata.

MyManUtd yang menduduki tangga tercorot minggu lepas memintas kelab penyokong Tottenham Hotspur, Malaysia Spurs dengan mengutip 156 mata pada minggu terakhir EPL.

Spurs yang mendahului MyManUtd dengan hanya satu mata minggu lalu, mengumpul 138 mata pada minggu terakhir menerusi tiga pasukan mereka.

Liga Fantasi Bual Bola AWANI disertai enam kelab penyokong bola sepak Liga Perdana Inggeris dengan setiap wakil disertai tiga pasukan.

Mata yang dikumpul berdasarkan permainan liga bola sepak fantasi di laman web Premier League.

Berikut keputusan akhir Liga Bual Bola AWANI:

1. Soljabiru

The Blues Blasters - 2305
Halifax Town - 2208
Blues FC - 2049
JUMLAH - 6,562

2. Manchester City Malaysia

MCM Cyberjaya - 2272
MCM Langkawi - 2157
MCM Tuaran - 2044
JUMLAH - 6,473

3. Arsenal Malaysia

Play For Fun - 2148
Ah Zan FC - 2141
Ozil FC - 2120
JUMLAH - 6,409

4. All Reds Malaysia

ARM Kaki Langgar FC - 2278
ARM Mek Mung Mek Aku FC - 2010
ARM Pasemboq FC - 1987
JUMLAH - 6,275

5. MyManUtd

Sidchan Power Kan? - 2119
Return of The King - 1982
Siti Kasim - 1840
JUMLAH - 5,941

6. Malaysia Spurs

Hemo Hemo - 2048
Cap Ayam - 1972
TH Master - 1904
JUMLAH - 5,924