Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berhasrat mahu menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai stadium rakyat sejurus selepas penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Beliau berkata ia bertujuan bagi memberi peluang kepada pasukan komuniti serta pemain amatur merasai sendiri aura bermain di stadium yang menjadi venue rasmi pasukan bola sepak kebangsaan, selain menyifatkan stadium itu adalah milik rakyat.
"Stadium Nasional Bukit Jalil ini dimiliki oleh rakyat dan tujuan kita membuka stadium ini kepada pasukan komuniti serta pemain amatur pada hari ini kerana kita mahu merakyatkan stadium.
"Selepas ini, cara terbaik adalah dengan membuka stadium ini dari semasa ke semasa supaya pemain amatur yang tidak mewakili mana-mana kelab profesional dapat merasai aura stadium ini," katanya kepada pemberita sebelum sepak mula antara pasukan Pemanis FC menentang Shah Alam Antlers, hari ini.
Khairy seterusnya berkata penganjuran Hari Komuniti Bola Sepak yang julung kali diadakan itu merupakan satu langkah yang tepat bagi melihat tahap kesediaan stadium berkenaan menjelang KL2017.
"Pada masa yang sama, kita dapat menilai tahap kesediaan stadium dan mantapkan segala kemudahan di sini sebelum ia digunakan pada Sukan SEA nanti.
"Melalui penganjuran Hari Komuniti ini, kita dapat melihat dari segi kemudahan bilik persalinan, lampu, sistem bunyi, paparan skrin LED dan juga padang. Kita akan mengambil maklum apa yang berlaku malam ini supaya bila berlaku perlawanan yang lebih besar, stadium ini sudah siap sedia," katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai permukaan padang stadium, Khairy gembira dan berpuas hati terhadap kualiti rumput meskipun selepas ia digunakan.
Beliau berkata permukaan padang yang telah diperbaharui itu dilihat lebih kukuh walaupun selepas berlangsung beberapa perlawanan melibatkan beberapa pasukan Akademi Tunas dan pasukan komuniti.
"Selepas hampir tujuh perlawanan diadakan sejak 3 petang tadi, saya tidak melihat mana-mana kawasan yang rumputnya tercabut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2017
Khairy berkata permukaan padang yang telah diperbaharui itu dilihat lebih kukuh walaupun selepas berlangsung beberapa perlawanan melibatkan beberapa pasukan Akademi Tunas dan pasukan komuniti. - Gambar fail
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
PM mahu projek SMISTA di Bukit Jalil disegerakan
Beliau juga mahu proses tender bagi projek pembinaan sekolah itu dilaksanakan dengan penuh teliti.
Himpunan Pembebasan Palestin: Anggota trafik berkawal, pastikan lalu lintas lancar
Sebanyak 65 pegawai dan anggota trafik ditugaskan mengawal lalu lintas bagi memastikan kelancaran aliran trafik di sekitar Axiata Arena, Bukit Jalil.
Suspek pecah cermin kereta di kawasan LRT Awan Besar ditahan
Suspek yang merupakan lelaki tempatan itu ditahan kira-kira jam 7 malam pada Rabu di sekitar kawasan Razak Mansion.
Polis siasat perbuatan khianat pecah cermin kereta di kawasan LRT
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak polis berhubung kejadian.
Projek bercampur Ho Hup bernilai RM1 bilion di Bukit Jalil dihentikan, Exsim beli tanah RM110 juta
Perjanjian pelupusan yang dimeterai bertujuan untuk memperbaiki kedudukan kewangan kumpulan itu.
Ketengah ‘Malam Graduasi’, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends 1 Jun depan
Pemilihan konsep malam graduasi adalah peluang peminat mengimbau kembali momen selepas tamat zaman persekolahan.
Program setahun bersama Kerajaan MADANI: Prasarana tawar diskaun 25 peratus
Prasarana menawarkan diskaun hingga 25 peratus untuk perkhidmatan rel dan BRT dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil, bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Mayat dalam kereta: Polis berkas lima lelaki
Hasil siasatan mendapati kes ini berkaitan satu laporan polis bersabit Bukit Jalil 8063/23 yang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Komposer muzik terkenal India Yuvan bakal adakan konsert di Malaysia pada Sabtu
Komposer muzik terkenal India, Yuvan Shankar Raja, bersedia untuk memukau penonton dengan persembahan dinamik menerusi konsert bertajuk "HIGH ON U1 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2023" pada Sabtu ini.
Blinks Indonesia tercabar, Sitizoner naik angin - Panas konsert BLACKPINK di media sosial
Kami senaraikan beberapa perkara menarik yang menjadi buah mulut netizen dalam konsert Born Pink Live in KL.