Teka-teki siapa bakal menduduki kerusi panas Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang kosong sejak kira-kira dua bulan lalu terjawab hari ini apabila Datuk Subahan Kamal dipilih menjawat jawatan berkenaan hari ini bagi penggal 2017-2021.
Perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa FAS yang berlangsung di sini hari ini selepas beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan berkenaan selepas menerima sokongan penuh daripada 95 anggota gabungan persatuan itu.
Turut menang tanpa bertanding Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar bagi jawatan Timbalan Presiden. Subahan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan berkata beliau dan barisan kepimpinan baharu FAS akan memastikan pasukan Selangor kekal berdaya saing dalam Liga Super musim ini. "Selangor kini di kedudukan keempat dalam carta liga, walaupun dibarisi muka baharu dan pemain muda, kita mampu bersaing," katanya.
BACA: Jamal tawar diri jadi Presiden FAS
BACA: FAS harap Azmin, Amirudin tidak lari daripada tanggungjawab, langsai hutang
Subahan berkata pada tahun ini fokus utama beliau dan barisan kepimpinan adalah untuk memastikan kewangan dan pengurusan persatuan berada di landasan yang betul.
"Insya-Allah pada tahun hadapan kami mampu kembali menjadi kuasa besar bola sepak negara," katanya.
Pemilihan barisan kepimpinan baharu FAS yang sepatutnya diadakan pada 2018 terpaksa diawalkan setahun selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertindak meletak jawatan sebagai presiden pada Disember lepas dengan memberi alasan tidak berpuas hati dengan sikap barisan Exco yang masih dengan sikap dan budaya lama yang terlalu bergantung kepada pemberian subsidi.
Kemelut berterusan antara FAS dan Kerajaan Negeri Selangor itu turut mendapat perhatian peminat dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Tengku Amir yang juga merupakan Penaung Diraja FAS turut menuntut agar kepimpinan persatuan itu dirombak.
Baginda turut mengemukakan tujuh langkah pembaharuan untuk memartabatkan kembali bola sepak Selangor.
Mengulas mengenai langkah itu, Subahan berkata pihaknya mengambil kira semua pandangan demi kebaikan FAS dan mahu peminat bersabar kerana sesuatu perubahan yang besar mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. -- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2017
Datuk Subahan Kamal dipilih menjawat jawatan Presiden FAS bagi penggal 2017-2021. - Gambar fail
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Subahan Kamal kini Presiden FAS
Datuk Subahan Kamal dipilih menjawat jawatan Presiden FAS bagi penggal 2017-2021.