Malaysia terus kempunan menamatkan penantian 60 tahun merangkul pingat emas sulung acara hoki lelaki selepas tewas 1-3 kepada Jepun dalam penentuan pukulan penalti pada final Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, malam ini.
Lebih menyedihkan, kekalahan yang tidak sepatutnya diterima skuad negara selepas suatu ketika mendahului 5-2 sebelum aksi masa penuh tamat dengan keputusan 6-6 menyaksikan Malaysia terlepas peluang layak secara automatik ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ini merupakan kali kedua skuad yang diberi jolokan 'Malaysia Tigers' mensia-siakan peluang keemasan untuk melakar sejarah selepas turut kecundang di peringkat yang sama pada edisi 2010 di Guangzhou, China.
Turun selaku pasukan pilihan selepas menumbangkan jaguh Asia, India pada peringkat separuh akhir, skuad kendalian Stephen Van Huizen itu yang menduduki ranking ke-12 dunia ternyata berada dalam kelas tersendiri selepas cemerlang mendahului 4-1 pada dua suku pertama perlawanan.
Bagaimanapun, selepas Malaysia melebarkan jurang kedudukan kepada 5-2, Jepun yang menduduki ranking ke-16 dunia, berjaya menghukum kealpaan pertahanan negara dengan menjaringkan tiga gol untuk mengikat kedudukan menjadi 5-5.
Bernama
Sat Sep 01 2018
Pemain hoki negara, Tengku Ahmad Tajuddin berjaya menjaringkan dua gol buat skuad negara ketika menentang pasukan Jepun pada perlawanan akhir Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno hari ini. - Foto Bernama
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Nancy harap tindakan segera diambil kurangkan populasi buaya
Populasi buaya yang semakin meningkat di Sarawak dipercayai mencetuskan konflik antara reptilia itu dan manusia sehingga mencetuskan beberapa siri serangan buaya ke atas manusia.
Warga emas cari lokan disyaki dibaham buaya masih belum ditemui
Pasukan SAR bagi mencari Minu Kin, warga emas yang dipercayai dibaham buaya ketika mencari kolan di Sungai Rayu, Lundu pada Rabu lalu masih gagal menemui sebarang petunjuk selepas tiga hari operasi dijalankan.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'
Ng Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.
Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara
Banyak elemen sains sukan diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi skuad negara dengan harapan ia mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.
Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City 17-1.
Jurulatih baharu Speedy Tigers diketahui hari ini
Pengumuman ketua jurulatih baharu dijangka diumumkan Subahan selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama persatuan itu pagi ini.
Dharmaraj antara empat calon disenarai pendek kemudi Speedy Tigers
Empat daripada 23 calon disenarai pendek itu akan melalui proses sesi temu duga oleh jawatankuasa badan induk sukan berkenaan minggu ini.
Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.