HANGZHOU: Skuad skuasy wanita kebangsaan mempamerkan satu lagi aksi cemerlang mereka untuk merampas semula pingat emas Sukan Asia acara wanita berpasukan, dengan menewaskan juara bertahan Hong Kong 2-1 pada perlawanan akhir.
Namun pada awalnya Hong Kong kelihatannya akan dapat mempertahankan pingat emas mereka itu, selepas mendapat mata pertama menerusi perlawanan di Gelanggang Skuasy Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, hari ini.
Rachel Arnold yang berkedudukan ke-32 dunia, memberikan cabaran sengit hampir 50 minit kepada Tong Tsz Wing sebelum tewas 11-7, 7-11, 11-8, 8-11, 6-11.
Bagaimanapun pemain ke-36 dunia S.Sivasangari, berjaya menguasai perlawanan kedua dengan menewaskan Ho Tze Lok 11-5, 11-8, 11-6, sekali gus menyamakan kedudukan.
Aifa Azman yang diturunkan dalam perlawanan penentuan, kemudiannya berjaya menewaskan Chan Sin Yuk 11-5, 11-8, 11-13, 11-8, sekali gus memberikan emas ketiga Malaysia di Sukan Asia.
Skuad wanita negara layak ke akhir selepas menewaskan Korea Selatan 2-0 pada peringkat separuh akhir, semalam.
Pada edisi Guangzhou 2010, Malaysia yang ketika itu dipimpin Datuk Nicol David, memenangi pingat emas acara berpasukan yang mula diperkenalkan dan sekali lagi di Incheon 2014, namun hanya memenangi gangsa di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, selepas tewas kepada India di separuh akhir.
Kemenangan itu juga memberikan Malaysia pingat emas ketiganya di Sukan Asia Hangzhou, yang kini sedang berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt.
Bagaimanapun skuad berpasukan lelaki gagal mengekalkan pingat emas yang mereka menang pada edisi lepas, apabila tewas kepada India pada separuh akhir, malam tadi dan akur untuk hanya membawa pulang pingat gangsa pada temasya kali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023
Kemenangan itu juga memberikan Malaysia pingat emas ketiganya di Sukan Asia Hangzhou, yang kini sedang berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt. - Gambar/ MSN
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon
Kesebelasan utama Kim Pan-gon mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat sukan yang menuntut agar dia tidak bereksperimen berdepan Bahrain.
Nur Syaiful penerima tertinggi SHAKAM
Beliau yang meraih masing-masing satu pingat emas dan gangsa membawa pulang insentif berjumlah RM110,000.
Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters
Letshanaa berkata bersaing di acara berprestij seperti Sukan Asia telah memainkan peranan penting dalam perkembangannya sebagai pemain.
Hoki Piala Dunia Remaja: KHM sasar skuad negara layak ke suku akhir
Skuad hoki remaja negara diberikan sasaran mara ke suku akhir menjelang Piala Dunia yang bakal bermula 5 Disember ini.
Sukan Asia: Selamat tinggal Hangzhou, jumpa di Aichi-Nagoya 2026
Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya apabila China mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 12,000 atlet dari 45 negara dalam upacara gemerlapan, di sini, malam ini.
Sukan Asia: Pengorbanan Arif tambah kilauan emas bagi Malaysia
Atlet berusia 23 tahun itu berjaya menundukkan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan 10-4.
Sukan Asia: Joe Ee beraksi di final dalam kesakitan
Atlet gimrama negara Ng Joe Ee beraksi dalam keadaan menahan kesakitan di belakang badan dan buku lali kiri ketika menduduki tempat ke-11 pada pusingan akhir acara individu all-around Sukan Asia Hangz
Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam kini mengalihkan tumpuan untuk 'memburu' mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak
Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.
Sukan Asia: Prannoy sekat Zii Jia ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, gagal dalam misi memburu pingat pertama dalam temasya Sukan Asia selepas tersingkir di pusingan suku akhir, di Hangzhou.