awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
Seorang maut, 26 cedera dalam nahas 50 kenderaan di lebuh raya Jepun
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Asia: Skuasy sahkan dua pingat menerusi acara berpasukan

Bernama
Bernama
27/09/2023
22:30 MYT
Sukan Asia: Skuasy sahkan dua pingat menerusi acara berpasukan
Pasukan negara berdepan cabaran sengit menentang Hong Kong, yang juga telah memenangi keempat-empat perlawanan setakat ini untuk menentukan juara kumpulan. - Gambar hiasan
HANGZHOU: Skuad skuasy lelaki dan wanita negara tidak berdepan masalah untuk mengesahkan tiket ke pusingan separuh akhir acara berpasukan sekali gus mengesahkan sekurang-kurangnya pingat gangsa bagi kedua-dua acara berkenaan.
Selepas mudah membenam Filipina dan Korea Selatan 3-0 pada Selasa, pasukan lelaki yang hadir dengan status juara bertahan, menewaskan Jepun pada aksi ketiga Kumpulan B dengan keputusan 3-0 di Pusat Pameran Antarabangsa Hangzhou, di sini, pada Rabu.
Jepun memberikan sedikit cabaran pada perlawanan pertama sebelum Ivan Yuen bangkit menewaskan Tomotaka Endo 6-11, 11-4, 4-11, 11-6, 11-6 selepas bertarung selama 63 minit.
Ng Eain Yow kemudian mengalahkan Ryunosuke Tsukue 11-7, 6-11, 13-11, 11-6, manakala Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar mudah membenam Naoki Hayashi 11-5, 11-6, 11-4.
Malaysia kemudian mudah menjinakkan Thailand 3-0 dengan Muhammad Addeen hanya mengambil 13 minit untuk tundukkan Ravipun Limphaiboon 11-4, 11-1, 11-1.
Eain Yow menyumbang mata kedua dengan menewaskan Arkaradet Arkarahirunya 11-4, 11-1, 11-4, diikuti kemenangan Mohammad Syafiq Mohd Kamal ke atas Natthapat Theerasilp 11-1, 11-1, 11-2 untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.
Namun, pasukan negara berdepan cabaran sengit menentang Hong Kong, yang juga telah memenangi keempat-empat perlawanan setakat ini untuk menentukan juara kumpulan, hari ini.
Sementara itu, pasukan wanita yang merupakan pemenang pingat gangsa edisi lepas, menewaskan Macao 3-0 pada aksi Kumpulan B selepas membenam Nepal dan Pakistan dengan keputusan sama pada Selasa.
Aifa Azman memulakan saingan dengan menewaskan Yeung Wai Leng 11-1, 11-2, 11-3, kemudian S. Sivasangari mengatasi Liu Kwai Chi 11-6, 11-2, 11-2, manakala Aira Azman mengalahkan Leong Ieng Lam 11-7, 11-2, 11-2.
Pasukan itu bakal bertemu India pada hari ini untuk menentukan juara kumpulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy
#Sukan Asia Hangzhou
#kontinjen malaysia
#Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan