awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan permotoran perlu lebih banyak sokongan sektor korporat - Hannah

Bernama
Bernama
27/05/2025
08:00 MYT
Sukan permotoran perlu lebih banyak sokongan sektor korporat - Hannah
Hannah berkata pada tahun ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan sebanyak RM5.6 juta, namun masih memerlukan sokongan pihak luar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyeru sektor korporat supaya memainkan peranan lebih besar dalam menyokong sukan permotoran di negara ini, peruntukan kerajaan sahaja tidak memadai untuk memenuhi keperluan pembangunan sukan berkenaan.

Ringkasan AI
  • Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyeru sektor korporat untuk menyokong pembangunan sukan permotoran kerana peruntukan kerajaan sebanyak RM5.6 juta masih tidak mencukupi.
  • Daripada jumlah itu, RM1.9 juta disalurkan kepada Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), RM450,000 kepada jabatan belia dan sukan negeri, dan RM3.2 juta kepada kelab serta persatuan negeri.
  • Hannah mencadangkan insentif cukai sebagai galakan kepada pelaburan korporat dalam sukan permotoran, bagi memastikan pembangunan bakat dan kemajuan sukan ini dapat diteruskan.

Bercakap pada majlis kerjasama antara CIMB dan bakat baharu sukan permotoran Amer Harris Jefry, Hannah berkata pada tahun ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan sebanyak RM5.6 juta, namun masih memerlukan sokongan pihak luar.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM1.9 juta disalurkan kepada Persatuan Permotoran Malaysia (MAM), RM450,000 untuk jabatan belia dan sukan negeri manakala RM3.2 juta kepada kelab dan persatuan di peringkat negeri.
Namun, Hannah berkata sukan permotoran masih kekurangan dana dan menyeru lebih ramai pihak korporat tampil membantu.
"Masih banyak usaha yang perlu dilakukan dan seperti yang saya katakan, RM5.6 juta belum mencukupi. Sebab itu kita menggalakkan sektor korporat untuk turut serta," katanya.
Hannah juga berharap supaya insentif cukai dapat merangsang lagi pelaburan korporat dalam pembangunan sukan berkenaan.
"Saya berharap kita dapat menyediakan lebih banyak inisiatif dan insentif cukai untuk sektor korporat supaya mereka berminat melabur dalam sukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#sukan permotoran
#KBS
#penaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami