PHU THO (Vietnam): Perjalanan skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan di temasya Sukan SEA ke-31 terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas 0-1 kepada juara bertahan Vietnam pada aksi penuh dramatik di sini malam ini.
Kekalahan tersebut menyaksikan pasukan muda negara terpaksa menunggu lebih lama untuk menamatkan kemarau 11 tahun merangkul pingat emas temasya sukan dwitahunan itu selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2011 di Indonesia.
Pada perlawanan di Stadium Viet Tri di sini yang berlanjutan hingga masa tambahan selepas 90 minit permainan sebenar itu, jaringan kemenangan Vietnam hadir pada minit ke-111 menerusi penyerang Nguyen Tien Linh sekali gus menceriakan kira-kira 18,000 penyokong tuan rumah yang berada di stadium.
Skuad kendalian jurulatih 'bengis' dari Korea Selatan Park Hang Seo itu membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila lebih garang menguasai 45 minit pertama yang menyaksikan Tien Linh hampir meletakkan Vietnam di depan menerusi sepakan leret pada minit ke-27.
Namun, percubaannya hanya melintasi gawang negara tatkala penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani sudah pun tertewas.
Gawang Malaysia hampir dibolosi pada minit ke- 42 namun Muhammad Azri bertindak cemerlang dengan melayangkan badan bagi menepis percubaan Tien Linh memberikan kelegaan kepada skuad bimbingan Brad Maloney untuk menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 0-0.
Bersambung babak kedua, Vietnam mengekalkan corak serangan bertali arus dalam keghairahan memburu gol yang memaksa benteng pertahanan skuad kebangsaan bekerja keras mengekang asakan bertubi-tubi.
Beberapa kecederaan menghimpit kedua-dua pasukan dengan Vietnam kehilangan pemain pertahanan Le Van Xuan memasuki 15 minit permainan terakhir susulan pelanggaran bersama penyerang gantian Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak.
Suasana perlawanan menjadi tegang apabila Luqman Hakim Shamsudin dijatuhkan berhampiran kotak penalti sebelum ia mencetuskan agenda tolak menolak antara kedua-dua pemain memaksa pengadil melayangkan kad kuning masing-masing kepada Muhammad Hadi dan Vu Tien Long.
Peluang terbaik Malaysia untuk menamatkan aksi dalam tempoh 90 minit hadir pada penghujung perlawanan, namun pemain pertahanan Muhammad Safwan Mazlan yang tidak dikawal gagal menanduk tepat bola sepakan percuma rakan sepasukan.
Perlawanan diteruskan memasuki masa tambahan dan Vietnam yang lebih bertenaga dalam melancarkan serangan terus memberikan tekanan sebelum sekali lagi terlepas peluang meledak jaringan pada minit ke-98.
Pemain tengah, Bui Hoang Viet Anh terlepas peluang tersebut selepas tampanan lemahnya gagal menepati sasaran tatkala gawang negara sudah terbuka menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati menamatkan babak pertama masa tambahan tanpa jaringan.
Bersambung babak kedua, skuad bimbingan Hang Seo itu tidak menunjukkan tanda-tanda memperlahankan permainan dan barisan pemain negara yang semakin keletihan akhirnya dihukum menerusi sepakan penjuru apabila membenarkan Tien Linh menanduk masuk jaringan kemenangan.
Pada final Ahad ini yang dijadual berlangsung di Stadium My Dinh di Hanoi, Vietnam akan membuat perhitungan merebut ibu segala pingat menentang Thailand yang merakam kemenangan tipis 1-0 ke atas Indonesia pada satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Thien Truong di wilayah Nam Dinh.
Manakala Malaysia akan bertemu Indonesia dalam aksi penentuan pingat gangsa juga di venue sama pada hari sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022

Kekalahan tersebut menyaksikan pasukan muda negara terpaksa menunggu lebih lama untuk menamatkan kemarau 11 tahun merangkul pingat emas temasya sukan dwitahunan itu. - Gambar/ FAM

F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri
Bendera merah dikibarkan selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed ada gangguan psikologi. Ini gara-gara mendakwa menteri dari Pas sebagai gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Pendapatan | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

AWANI Pagi: Kelebihan pertanian kendiri
#AWANIpagi berbincang isu pertanian pintar bersama Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, UTM, Professor Dr Ida Idayu Muhamad.

Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.

Sukan SEA Hanoi: 'Saya minta maaf' - Luqman Hakim
Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin memohon maaf atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan penentuan gangsa antara Malaysia menentang Indonesia pada Sukan SEA ke-31.

Sukan SEA Hanoi: Malaysia tambah dua emas, tamatkan cabaran di tempat keenam
Kontinjen negara berjaya menambah dua pingat emas pada hari ke-15 Sukan SEA ke-31 di sini hari ini, sehari sebelum temasya sukan dwitahunan tersebut melabuhkan tirai esok.

Sukan SEA Hanoi: Program Jom Tengok Bola jadi platform pupuk semangat perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat menerusi sukan antara matlamat dalam Program Jom Tengok Bola Harimau Muda menentang Indonesia di Restoran Syed Bistro SS6, Petaling Jaya Pada Ahad.

Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman
Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Faizal harap kontinjen negara terus buru pingat
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap atlet negara terus berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan koleksi pingat di Sukan SEA ke-31.

Sukan SEA Hanoi: Pecutan bertenaga Nur Aiman Zariff sumbang emas ke-37 Malaysia
Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff menampilkan pecutan bertenaga di penghujung saingan untuk merangkul pingat emas acara lebuh raya lelaki Sukan SEA ke-31.

Sukan SEA Hanoi: Ismail Sabri ucap tahniah, bangga pencapaian atlet Keluarga Malaysia
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet Keluarga Malaysia.

Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13
Tumpuan peminat sukan tanah air pada hari ke-13 pastinya terarah kepada pencapaian atlet negara dalam mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31.

Sukan SEA Hanoi: Boling raih pingat perak acara berpasukan lelaki, wanita
Skuad boling lelaki dan wanita negara masing-masing meraih pingat perak acara berpasukan di Sukan SEA Hanoi, hari ini.