Pasukan memanah lelaki menjadikan pungutan pingat emas kontijen negara di Sukan SEA Singapura kepada 39 pingat emas setakat ini.

Khairul Anuar Mohamad, Muhamad Ikram Joni, Haziq Kamaruddin berjaya mengatasi pasukan recurve lelaki Indonesia; Hendra Purnama, Riau Ega Agata Salsabila dan Muhammad Hanif Wijaya 6-4 di Padang Kriket Kallang.