awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Ibrahim zahir ucapan tahniah JDT mara ke pusingan kalah mati saingan ACL

Bernama
Bernama
01/05/2022
05:30 MYT
Sultan Ibrahim zahir ucapan tahniah JDT mara ke pusingan kalah mati saingan ACL
JDT melakar sejarah mara ke pusingan kalah mati saingan ACL buat kali pertama selepas menundukkan gergasi Korea Selatan Ulsan Hyundai 2-1. - Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang melakar sejarah mara ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) buat kali pertama.
"Saya ucapkan tahniah kepada pasukan JDT yang mempamerkan aksi cemerlang dalam semua perlawanan, dan malam tadi tercipta satu lagi kemenangan manis.
"Terima kasih juga saya ucapkan kepada penyokong yang setia bersama JDT. 'Keep it up'," titah baginda melalui laman Facebook milik baginda, hari ini.
Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa syukur setelah JDT melakar sejarah apabila menjadi pasukan pertama negara layak ke pusingan kalah mati ACL.
"Setinggi tahniah patik ucapkan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pasukan JDT atas kejayaan ini.
"Semoga ia menjadi pemangkin semangat kepada semua Bangsa Johor untuk terus maju dan mara ke hadapan. Tiada apa yang mustahil jika diizinkan Allah SWT," katanya menerusi laman Facebook miliknya hari ini.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, petang semalam, JDT melakar sejarah mara ke pusingan kalah mati saingan ACL buat kali pertama selepas menundukkan gergasi Korea Selatan Ulsan Hyundai 2-1.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#ACL
#Sultan Ibrahim
#Ulsan Hyundai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan