Syarat-syarat yang dikenakan ke atas dua pelayar israel bagi menyertai Kejohanan Layar Belia Dunia (YWC) Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) 2015 merupakan amalan biasa.
Penolong setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata para pelayar terbabit perlu mematuhi syarat kejohanan yang diadakan di Langkawi bermula esok hingga 3 Jan.
"Secara amnya kalau ada wakil dari Israel, kita memang ada syarat macam itu dari kerajaan Malaysia yang perlu dipatuhi. Dulu pun sama juga, kita bagi tahu mereka syarat dan mereka marah.
"Sebelum ini ada wakil Israel pernah menyertai sesi Jawatankuasa Olimpik (IOC). Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) mesti teliti syarat yang diberikan oleh ISAF tetapi saya tidak pasti mengenai kejohanan ini," kata bekas Setiausaha Kehormat MOM itu ketika dihubungi Bernama, Ahad.
ISAF kini dikenali sebagai World Sailing.
Sebelum ini beberapa insiden membabitkan individu atau pasukan berkaitan dengan Israel dan Yahudi iaitu pada 1997 pasukan kriket Israel menyertai pertandingan Piala Majlis Kriket Antarabangsa (ICC), selain dua warga Israel Avram Grant dan Ben Haim yang menyertai jelajah pramusim kelab bola sepak Chelsea pada 2008 serta Yossi Benyoun ketika bersama Liverpool untuk perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 2011.
Persatuan Pelayaran Israel (ISA) pada Rabu mengumumkan bahawa dua pelayar mudanya, Yoav Omer dan Noy Drihan bersama jurulatih Meir Yaniv menarik diri dari kejohanan dan menyalahkan Malaysia kerana meletakkan syarat yang "tidak boleh diterima."
Pelayar Israel dilarang mengibarkan bendera Israel atau sebarang simbol negara pada pakaian dan perahu layar mereka, selain lagu kebangsaan tidak dibenar untuk dimainkan jika mereka muncul pemenang.
Sieh bagaimanapun memberi amaran ISAF boleh membatalkan kejohanan jika penganjur melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh persekutuan itu.
"Saya tidak beberapa pasti. Perlu rujuk kepada syarat perjanjian itu dan MSA," katanya yang berpengalaman 23 tahun dalam pentadbiran sukan di Malaysia.
Baru-baru ini Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) membatalkan Status Kelayakan Olimpik Kejohanan Menembak Asia di Kuwait yang dijadualkan pada 1-12 November selepas Wakil Teknikal Persekutuan Sukan Menembak Antarabangsa Yair Davidovich tidak diberikan visa oleh Jabatan Imigresen Kuwait.
Selain itu sebab lain pembatalan itu ialah penggantungan Majlis Olimpik Kuwait berikutan campur tangan kerajaan yang bertentangan dengan Piagam Olimpik, yang mana jawatankuasa tidak boleh mneyertai sebarang aktiviti berkaitan dengan Pergerakan Olimpik.
Sementara itu Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika dihubungi berkata: "Kami menerima keputusan Pasukan Belia Israel menarik diri daripada penyertai ISAF YWC 2015. Ini isu diplomatik, kami berpandukan polisi Kerajaan Malaysia."
Presiden Word Sailing Carlo Croce berkata seorang anggota eksekutif badan dunia itu telah dihantar ke Malaysia bagi menyiasat isu dan mendapatkan penjelasan dari pihak penganjur di Malaysia.
"World Sailing menjangkakan penganjur acara ini memberi kebenaran kepada semua pelayar untuk bertanding secara saksama. Perkara ini jelas dalam proses bidaan dan terkandung dalam dokumen kontrak penganjuran acara," katanya dalam kenyataan di laman sesawang rasmi www.sailing.org.
Perasmian kejohanan yang mencatat rekod penyertaan 430 pelayar dari 80 negara diadakan esok di Taman Lagenda, Langkawi.
Bernama
Mon Dec 28 2015

Sieh (gambar) memberi amaran ISAF boleh membatalkan kejohanan jika penganjur melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh persekutuan itu. -Gambar fail

Petaling Jaya, Manjung dan Kluang antara bandar paling bahagia di Malaysia - Kajian
Bandar raya Petaling Jaya, Manjung dan Kluang diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun.

Kontroversi rumah tangga: 'Biar mahkamah saja tentukan' - Farid Kamil
Begitu reaksi ringkas suami Diana Danielle, Farid Kamil ketika ditanya mengenai tindakan isterinya yang memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini, pada Isnin.
![[TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji [TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2014820/24024316101679303569652_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji

AUKU: KPT kaji kebebasan dan autonomi pelajar
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ketika ini KPT dalam fasa memperhalusi setiap fasal dibawah Akta berkenaan.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi MARA, FELCRA dan SPNB
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam dua pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan kerajaan melibatkan Pengerusi MARA, FELCRA DAN SPNB.

DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Dewan Undangan Negeri Johor kini menggunakan istilah pengimbang bagi merujuk semua Ahli DUN Johor pembangkang.

Pemilihan UMNO: Dilakukan secara demokratik dan telus - Khaled Nordin
Jelas Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO, meskipun terdapat isu pada pemilihan beberapa bahagian namun ujarnya ia dilakukan secara demokratik dan telus. Mohamed Khaled antara tiga calon yang menang sebagai Naib Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO sesi 2023 -2026. Dua lagi nama yang memenangi jawatan itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Polis Terengganu tunggu arahan pejabat pengarah pendakwaan
Polis Terengganu sedang menunggu arahan daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut berhubung kes perarakan HIMPIT 2023 pada 17 Februari lalu.

Mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 8,650 orang
JPBN memaklumkan PPS yang ditutup adalah Dewan Orang Ramai Taman Seri Sulong, Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal dan Sekolah Agama Sri Bengkal.

Wujudkan sistem penilaian yang holistik ukur indeks prestasi utama syarikat konsesi
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan mempersoalkan bagaimana prestasi pemegang-pemegang konsesi di bawah penilaian Kementeria Kerja Raya? Belia pada masa yang sama menyarankan agar Jabatan Kerja Raya mewujudkan sistem penilaian yang holistik untuk mengukur indeks prestasi utama konsesi yang telah menerima tender bagi selenggara selia jalan persekutuan,

Gempa bumi Turkiye-Syria: UEFA, IOC tampil hulur bantuan
IOC memperkenalkan dana kecemasan dan bakal menderma AS$1 juta (kira-kira RM4.3 juta) untuk membantu mereka yang terjejas akibat bencana tersebut.

Olimpik Musim Sejuk Beijing terus beri manfaat sosial dan ekonomi - IOC
Meskipun sudah hampir setahun berlalu sejak temasya sukan itu berakhir, namun semua gelanggang untuk temasya itu masih dibuka untuk kegunaan orang awam dan atlet sukan tempatan.

IOC bincang dengan 10 hos berpotensi Sukan Olimpik akan datang
De Kepper tidak menyebut pembida yang berpotensi itu namun berkata 10 projek bidaan "berada pada tahap yang sangat berbeza."

10 negara minat anjur Sukan Olimpik 2036
IOC mendedahkan terdapat 10 calon berpotensi untuk merebut hak sebagai tuan rumah Sukan Olimpik bagi penganjuran musim panas 2036.

Usaha dapatkan pengiktirafan IOC untuk sepak takraw berterusan - ISTAF
Ia adalah langkah pertama dalam proses untuk membawa sepak takraw ke Sukan Olimpik.

Olimpik Musim Sejuk: IOC perjelas tiada unsur 'pilih kasih'
Valieva dibenarkan memenangi emas kedua Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing minggu ini walaupun diuji positif menggunakan dadah.

Olimpik Tokyo: IOC beri jaminan atlet, petugas patuh SOP ketat
15 dalam kalangan atlet dan petugas sukan yang tiba di negara itu disahkan positif COVID-19.

Olimpik Tokyo: Jumlah penonton dihadkan pada 50 peratus kapasiti venue, maksimum 10,000
Jumlah penonton bagi temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dijadualkan bermula 23 Julai ini dihadkan kepada 50 peratus kapasiti venue dan maksimum 10,000 orang di semua venue.

Olimpik Tokyo: IOC tekad pastikan keselamatan, kelancaran temasya
Usaha digandakan bagi memastikan temasya Sukan Olimpik Tokyo dapat diteruskan tanpa merisikokan kesihatan rakyat Jepun.

Olimpik Tokyo 2020: Keputusan terima penonton diputus pada Jun
Seiko Hashimoto memberi bayangan sukan itu mungkin dilaksanakan tanpa penonton.