TINDAKAN pengadil melayangkan keseluruhan 12 kad merah kepada pemain dan jurulatih sepanjang lima perlawanan awal saingan Liga Super dan pusingan pertama Piala FA tidak seharusnya dipertikaikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, pihaknya berpuas hati dengan setiap keputusan yang dibuat pengadil melayangkan kesemua kad merah itu yang dianggap satu tindakan tepat.
“Dulu, kita selalu kata pengadil tidak ambil tindakan yang tegas. Sekarang apabila pengadil ambil tindakan tegas, ia juga dianggap salah.
“Di pihak MFL, saya tidak lihat mana-mana kad merah yang dikeluarkan adalah kad merah yang salah. Itu tidak menjadi isu setakat ini,” katanya baru-baru ini.
Sebagai rekod, saingan Liga Super setakat minggu kelima 'dimeriahkan' layangan kad merah dengan sembilan kad 'dihadiahkan' kepada pemain dan dua kepada jurulatih.
Dua jurulatih terbabit adalah pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain dan pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee.
Perak FC pula mendominasi 'anugerah' kad merah selepas mengharungi lima perlawanan Liga Super dan satu aksi Piala FA setakat ini.
Skuad The Bos Gaurus itu mengumpul empat kad merah dalam tiga daripada enam perlawanan diharungi itu dan lebih malang, semua kad merah itu diraih di depan penyokong sendiri di Stadium Perak di Ipoh.
Mengulas lanjut, Stuart memuji ketegasan yang dipamerkan pengadil perlawanan untuk mengawal suasana tegang di atas padang.
Menurut Stuart, ia tugas pengadil yang tidak seharusnya dipersoalkan selain beliau percaya ia akan memastikan setiap pemain dan jurulatih lebih berwaspada dalam setiap tindakan di atas padang.
“Kalau kita ambil pendekatan sebab apa kad merah itu dilayangkan, kita tidak boleh salahkan pengadil kerana pengadil adalah juri di atas padang untuk memastikan apa-apa tindakan yang perlu diambil.
“Jika ada pemain atau jurulatih menjangkakan pengadil tidak akan mengambil tindakan jika mereka menggunakan perkataan kesat atau kritikan yang keterlaluan, mereka silap kerana pengadil boleh ambil tindakan,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 24 2023
Perak FC muncul pasukan paling banyak menerima kad merah dalam saingan Liga-M setakat ini. - Foto Facebook Kedah Darul Aman FC
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Nazmi dipilih adili aksi Uzbekistan-Thailand
Muhammad Nazmi akan dibantu dua pembantu pengadil dari Malaysia, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid.
City didenda RM713,000 kerana kepung pengadil
Persatuan Bola Sepak (FA) England telah mendenda City selepas mereka mengakui pemain mereka berkelakuan tidak wajar.
Pengadil cedera dipukul tiga lelaki dalam perlawanan bola sepak
Mangsa yang berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan kaki akibat ditendang tiga lelaki berkenaan.
FAM hantar enam pengadil muda berguru di Arab Saudi
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) komited meningkatkan mutu pegawai perlawanan tempatan apabila menghantar enam pengadil muda negara berguru di Dammam, Arab Saudi bermula esok hingga 27 Okt ini.
VAR rumitkan permainan bola sepak - Postecoglou
Kumpulan pengadil Pegawai Perlawanan Permainan Profesional Ltd sebelum itu mengakui keputusan pegawai pertandingan adalah tidak tepat.
Nazmi, Zairul dan Arif pengadil Malaysia pertama adili ACL guna VAR
Muhammad Nazmi bersama pembantu Mohamad Zairul dan Mohd Arif mengadili perlawanan antara Buriram United dan Zhejiang FC yang berlangsung di Thailand.
VAR bukan penyelesaian mutlak - Stuart Ramalingam
Katanya, liga di negara lain seperti Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sudah mengimplementasikan VAR masih berdepan masalah.
TFC kemuka aduan kepada FAM
Ab Rasid mengulas insiden kad merah diterima skuad Penyu kendalian Tomislav Steinbruckner semasa melayan kunjungan JDT pada Jumaat.
Pengadil dapat lesen VAR seawal Ogos
Seramai 30 pengadil dan pembantu pengadil akan dihantar untuk mengikuti kursus VAR dalam masa terdekat.