awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lagi 6 kontena e-waste seberat 158 tan ditahan di Pelabuhan Klang
PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba
Dokumentari "Itui suli-suli Bajau!" angkat kisah komuniti Bajau Laut Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tandukan Calafiori pastikan Arsenal benam United 1-0 di Old Trafford

Agensi
Agensi
17/08/2025
21:15 MYT
Tandukan Calafiori pastikan Arsenal benam United 1-0 di Old Trafford
Riccardo Calafiori muncul sebagai wira Arsenal selepas menanduk masuk gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Manchester United 1-0 dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi Isnin. - Gambar Reuters
MANCHESTER: Riccardo Calafiori muncul sebagai wira Arsenal selepas menanduk masuk gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Manchester United 1-0 dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, awal pagi Isnin.
Gol berharga itu hadir seawal minit ke-13 menerusi situasi sepakan sudut.
Pertahanan Arsenal, William Saliba, berjaya mengganggu penjaga gol United, Altay Bayindir yang sekadar menepis lemah bola hantaran Declan Rice sebelum disambar Calafiori dengan tandukan jarak dekat.
Walaupun dikejutkan dengan jaringan awal, United tampil lebih dominan selepas itu.
Beberapa muka baharu skuad kendalian Ruben Amorim – termasuk Matheus Cunha, Bryan Mbeumo dan Patrick Dorgu – berpeluang menyamakan kedudukan namun gagal menyudahkan deretan peluang.
Arsenal dipaksa bertahan hampir sepanjang babak kedua dengan penjaga gol mereka, David Raya, menjadi benteng terakhir menafikan percubaan berbahaya United, termasuk tandukan padu Mbeumo yang diselamatkan dengan aksi terbang.
Statistik turut membuktikan kekuatan Arsenal dalam situasi bola mati.
Sejak musim 2023-24, skuad kendalian Mikel Arteta merekodkan 31 gol hasil sepakan sudut – sekurang-kurangnya 11 lebih banyak berbanding mana-mana pasukan lain.
Malah, tiga daripada empat gol terakhir Arsenal menentang United hadir menerusi corak yang sama.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Arsenal
#Red Devils
#United tersungkur
#Riccardo Calafiori
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan