awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tang Jie-Ee Wei digandingkan semula - BAM

Bernama
Bernama
16/04/2025
10:30 MYT
Tang Jie-Ee Wei digandingkan semula - BAM
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kembali digandingkan dalam usaha memperkukuh cabaran Malaysia di pentas antarabangsa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kembali digandingkan dalam usaha memperkukuh cabaran Malaysia di pentas antarabangsa.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam pengumuman menerusi laman Facebook hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat susulan permintaan daripada kedua-dua pemain serta hasil perbincangan menyeluruh antara pasukan kejurulatihan dan pemain.
"Pasangan yang pernah mencapai ranking tertinggi dunia iaitu di kedudukan ketiga, akan memberi tumpuan semula ke pentas antarabangsa, bermula dengan Terbuka Singapura (27 Mei hingga 1 Jun) dalam usaha mengembalikan prestasi terbaik mereka," menurut kenyataan itu.
Pada 28 Mac, BAM mengumumkan gandingan itu dipisahkan untuk kejohanan akan datang selain memberi ruang kepada jurulatih mencuba kombinasi baharu susulan ketegangan dalam hubungan mereka sejak temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Semalam, Tang Jie dan Ee Wei disenaraikan dalam Program Road to Gold (RTG) dalam misi memburu pingat emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beregu campuran negara
#Chen Tang Jie
#toh ee wei
#BAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan