awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tang Jie-EeWei bukan sekadar menang tapi ukir sejarah - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
31/08/2025
20:15 MYT
Tang Jie-EeWei bukan sekadar menang tapi ukir sejarah - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul menegaskan kemenangan itu bukan sekadar gelaran juara dunia sebaliknya lambang ketabahan, keringat dan pengorbanan yang menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan kejayaan bersejarah beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei muncul juara Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris sebagai bukti Malaysia tidak pernah berputus asa dalam memburu kejayaan di pentas antarabangsa.
Beliau menegaskan kemenangan itu bukan sekadar gelaran juara dunia sebaliknya lambang ketabahan, keringat dan pengorbanan yang menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia.
"Impian kita akhirnya jadi kenyataan. #ChenToh bukan sekadar menang, tapi mereka ukir sejarah dengan keringat dan air mata. Mereka telah buktikan, Malaysia tak pernah putus asa.
"Juara Dunia. Badminton Malaysia kembali mengaum di pentas dunia! Kemenangan ini adalah hadiah terindah, paling bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan.
"Terima kasih, Tang Jie dan Ee Wei. Terima kasih kerana memberi kami harapan. Terima kasih kerana mengembalikan keyakinan. Kalian adalah inspirasi kami," katanya menerusi Instagram rasminya.
Terdahulu, Tang Jie-Ee Wei mengejutkan beregu China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dengan kemenangan 21-15, 21-14 dalam perlawanan akhir yang berlangsung selama 40 minit di Adidas Arena.
Kejayaan gemilang itu turut melakar sejarah baharu badminton tanah air apabila Tang Jie-Ee Wei menjadi pasangan Malaysia pertama merangkul gelaran dunia acara beregu campuran.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#BAM
#Instagram
#Hari Kebangsaan
#beregu campuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan