awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanpa Mbappe, PSG buntu cari jalan tembusi Lorient

Astro Arena
Astro Arena
13/08/2023
08:35 MYT
Tanpa Mbappe, PSG buntu cari jalan tembusi Lorient
Mbappe, Neymar dan Marco Verratti semuanya diketepikan jurulatih baharu PSG, Luis Enrique, di Parc des Princes dalam perlawanan yang berlangsung semalam. - StadiumAstro
PENYERANG bintang, Kylian Mbappe, menyaksikan dari barisan penonton ketika Paris Saint-Germain memulakan pertahanan kejuaraan mereka dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Lorient.
Mbappe, Neymar dan Marco Verratti semuanya diketepikan oleh jurulatih baharu PSG, Luis Enrique, di Parc des Princes dalam perlawanan yang berlangsung semalam.
Mbappe mendahului carta penjaring musim lalu dengan 29 gol bagi saingan Ligue 1, namun tidak berada di padang menentang Lorient kerana dia terperangkap dalam kebuntuan kontrak. Dia mahu bermain musim ini dan pergi secara percuma apabila kontraknya tamat, namun PSG mahu menjualnya untuk menghentikan perkara itu daripada berlaku.
Sambil kelihatan termenung, Mbappe duduk di sebelah adiknya, Ethan ketika PSG bergelut untuk mematahkan benteng pertahanan Lorient yang tersusun rapi.
Pemain pertahanan tengah, Milan Skriniar, pemain tengah menyerang Marco Asensio, dan penyerang Goncalo Ramos semuanya melakukan penampilan sulung PSG namun gagal menghasilkan sesuatu buat pasukan.
Neymar berlatih bersendirian pada hari Jumaat, dengan kelab berkata ia adalah kerana dia masih lagi dalam proses pemulihan daripada jangkitan virus. Namun Neymar dibenarkan meninggalkan Paris pada musim panas ini. Verratti dan Neymar telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Pro Saudi yang menjanjikan gaji yang lumayan. - StadiumAstro
Topic Berkaitan
#Kylian Mbappe
#PSG
#Lorient
#Luis Enrique
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan