awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Amir Shah Presiden baharu FAS

Bernama
Bernama
03/07/2018
21:31 MYT
Tengku Amir Shah Presiden baharu FAS
Tengku Amir berkata beliau akan mengadakan mesyuarat exco FAS dalam seminggu ini untuk membincangkan cara menambah baik struktur persatuan itu. - Gambar fail
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dilantik sebagai Presiden baru Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada Kongres Luar Biasa FAS yang berlangsung di sini pada Selasa.
Beliau menggantikan Datuk Seri Subahan Kamal yang melepaskan jawatan itu untuk memberi lebih tumpuan kepada Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) selaku presidennya dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai timbalan presiden.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Tengku Amir Shah mengucapkan terima kasih kepada badan-badan gabungan FAS dan peminat kerana memberi sokongan kepada beliau untuk menerajui FAS.
Beliau berikrar untuk membawa pembaharuan kepada persatuan itu agar dapat menunjukkan prestasi lebih cemerlang dalam Liga Malaysia.
Tengku Amir berkata beliau akan mengadakan mesyuarat exco FAS dalam seminggu ini untuk membincangkan cara menambah baik struktur persatuan itu.
Beliau menyeru para peminat Red Giants hadir memenuhi Stadium Nasional di Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dengan Pahang Sabtu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAS
#Malaysia
#Persatuan Bola Sepak Selangor
#presiden
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#tengku amir shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan