awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul terharu dicalonkan sebagai presiden baharu BAM

Bernama
Bernama
25/03/2025
08:44 MYT
Tengku Zafrul terharu dicalonkan sebagai presiden baharu BAM
Tengku Zafrul mengucapkan terima kasih kepada BAM atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk memimpin persatuan itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz merendah diri dan terharu dengan pengiktirafan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), yang mencalonkan beliau sebagai presiden baharu bagi penggal 2025-2029.

Ringkasan AI
  • Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah dicalonkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai presiden baharu bagi penggal 2025-2029.
  • Majoriti ahli majlis BAM bersetuju dengan pencalonan Tengku Zafrul, mencerminkan keperluan kepimpinan yang kukuh dan stabil untuk memajukan persatuan.
  • Pemilihan presiden BAM akan berlangsung pada 10 Mei semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Tengku Zafrul yang menerima pencalonan itu mengucapkan terima kasih kepada BAM atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk memimpin persatuan itu.
"Jika dipilih, saya akan berkhidmat dengan BAM dan sukan badminton dengan sebaik mungkin demi penyokong badminton di seluruh Malaysia," katanya menerusi hantaran di X hari ini.
Terdahulu, Pemangku Presiden BAM Datuk V. Subramaniam mengumumkan bahawa majoriti ahli majlis BAM mencapai kata sepakat untuk mencalonkan Tengku Zafrul sebagai presiden baharu.
Subramaniam berkata pencalonan itu mencerminkan keperluan kepimpinan yang kukuh dan stabil bagi memacu persatuan itu ke hadapan.
Pemilihan BAM dijadualkan berlangsung pada 10 Mei semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk badminton negara berkenaan.
Sebelum ini, Tengku Zafrul hampir dilantik sebagai presiden BAM bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, yang pada mulanya bercadang untuk meletakkan jawatan awal tahun lepas.
Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh meminta Mohamad Norza mempertimbangkan semula keputusan itu dan kekal memegang jawatan sehingga tamat Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Selepas berakhirnya temasya sukan di Paris, BAM memutuskan untuk melantik Subramaniam sebagai pemangku presiden sehingga AGM pada Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#BAM
#calon presiden
#MITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan