awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis Terbuka AS: Alcaraz teruskan perebutan gelaran, ranking nombor satu dunia dengan Ruud

Astro Arena
Astro Arena
10/09/2022
10:36 MYT
Tenis Terbuka AS: Alcaraz teruskan perebutan gelaran, ranking nombor satu dunia dengan Ruud
Pemain berusia 19 tahun itu menjadi pemain termuda layak ke final satu kejohanan grand slam sejak kali terakhir dilakukan seorang lagi pemain Sepanyol, Rafael Nadal. - Stadium Astro
CARLOS ALCARAZ akan mencongak perhitungan dengan Casper Ruud bagi perebutan gelaran Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan kedudukan ranking nombor satu dunia selepas menewaskan pemain tuan rumah, Frances Tiafoe, dalam aksi lima set peringkat separuh akhir hari ini.
Pemain berusia 19 tahun itu menjadi pemain termuda layak ke final satu kejohanan grand slam sejak kali terakhir dilakukan seorang lagi pemain Sepanyol, Rafael Nadal, ketika memenangi Terbuka Perancis pada 2005.
Peningkatan prestasinya telah membuatkan Alcaraz kini dibanding-bandingkan dengan legenda Sepanyol berkenaan, terutama ketika dia mempamerkan aksi dengan pukulan bertenaga persis Nadal ketika meraih kemenangan 6-7, 6-3, 6-1, 6-7, 6-3 ke atas Tiafoe.
Terdahulu, Tiafoe, 24, turut mencuri tumpuan selepas menewaskan Nadal dalam pusingan keempat untuk menjadi pemain AS pertama layak ke separuh akhir kejohanan itu dalam tempoh 16 tahun dan pemain lelaki kulit hitam pertama melakukannya sejak Arthur Ashe pada 1972. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Tenis Terbuka AS
#Carlos Alcaraz
#mara ke final
#Casper Ruud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan