CARLOS Alcaraz meraih satu lagi kemenangan ke atas Stefanos Tsitsipas untuk kembali merangkul gelaran Terbuka Barcelona, tengah malam tadi.

Alcaraz tidak pernah tewas kepada Tsitsipas dan mengekalkan rekod itu untuk mempertahankan gelarannya di Catalonia.

Pertarungan di antara pilihan utama itu berlangsung sengit, tetapi Alcaraz lebih unggul menguasai gelanggang menerusi kemenangan 6-3, 6-4 yang berakhir dalam masa 1 jam dan 20 minit.

Ia mencipta permulaan yang positf menjelang sebulan musim tanah liat di Eropah sempena Terbuka Perancis, manakala Tsitsipas masih buntu dalam percubaannya buat kali ke-10 dalam final ATP 500.

Tsitsipas terlebih dahulu mematahkan servis lawannya untuk mendahului 2-1 pada awal aksi, namun gagal mengulanginya lagi dalam baki perlawanan.

Alcaraz segera mendominasi dua servisnya yang seterusnya, sekali gus memberikan tekanan kepada Tsitsipas untuk melakukan servis dan langkah itu membuahkan hasil untuk Alcaraz menawan set awal.

Walaupun berdepan rintangan awal dalam set kedua, namun Alcaraz mempamerkan rentak terbaiknya ketika mematahkan servis lawan dalam percubaan keduanya, sekali gus mendahului 3-2 yang membuatkan Tsitsipas terus bergelut hingga akhir pertarungan. - Stadium Astro