awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka AS: Coco Gauff bangkit daripada ketinggalan untuk bergelar juara

Astro Arena
Astro Arena
10/09/2023
01:00 MYT
Terbuka AS: Coco Gauff bangkit daripada ketinggalan untuk bergelar juara
Pemain berusia 19 tahun itu menjadi remaja AS pertama meraih kejayaan di Flushing Meadows sejak Serena Williams melakukan perkara sama pada 1999. - Foto REUTERS
HARI yang dinanti-nantikan Coco Gauff akhirnya tiba apabila dia bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Aryna Sabalenka dan menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York awal pagi tadi.
Pemain berusia 19 tahun itu menjadi remaja AS pertama meraih kejayaan di Flushing Meadows sejak Serena Williams melakukan perkara sama pada 1999.
Williams mengucapkan selamat tinggal kepada sukan tenis dalam kejohanan sama musim lalu, sekali gus meninggalkan satu lompong kosong dalam arena tenis AS.
Ia kini memperlihatkan bahawa Gauff adalah penerus legasi pemenang 23 gelaran grand slam itu dan mengisi kekosongan berkenaan hanya berselang 12 bulan.
Sabalenka, dalam pada itu, akan bergelar pemain nombor satu dunia esok selepas melewati musim paling konsisten, di mana dia menjuarai Terbuka Australia dan layak ke separuh akhir Terbuka Perancis dan Kejohanan Wimbledon.
Bagaimanapun, segalanya seakan-akan tidak memihak jaguh Belarus berusia 25 tahun itu dalam perlawanan akhir kali ini, di mana dia membenarkan Gauff untuk bangkit bergelar juara di laman sendiri dengan kemenangan 2-6, 6-3, 6-2. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Coco Gauff
#Terbuka AS
#Aryna Sabalenka
#Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan