awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Indonesia: Wei Chong-Kai Wun, Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir

Bernama
Bernama
06/06/2025
14:25 MYT
Terbuka Indonesia: Wei Chong-Kai Wun, Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir
Gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjadi satu-satunya beregu lelaki negara yang masih bertahan dalam Terbuka Indonesia apabila mara ke separuh akhir kejohanan itu hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjadi satu-satunya beregu lelaki negara yang masih bertahan dalam Terbuka Indonesia apabila mara ke separuh akhir kejohanan itu hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, Juara Malaysia Masters 2025 itu menundukkan wakil India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-19, 21-16.
Menurut Wei Chong kunci kemenangan mereka adalah memberikan tumpuan penuh kepada cara permainan dan strategi yang diterapkan jurulatih.
"Kami tidak fikir tentang menang atau kalah, kami hanya lakukan apa yang perlu dilakukan. Kami hanya fokus pada pelan permainan dan strategi," katanya dalam audio yang dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kepada media hari ini.
Menanti Wei Chong-Kai Wun esok gandingan tuan rumah Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani yang mencipta kejutan menewaskan beregu nombor satu dunia dari Malaysia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani.
Bagaimanapun Sze Fei-Nur Izzuddin tidak memberikan laluan mudah kepada beregu Indonesia itu apabila mengheret perlawanan hingga ke set penentuan sebelum tumpas 21-19, 9-21, 21-19.
Sementara itu, dalam saingan beregu wanita, pasangan negara Pearly Tan-M Thinaah turut melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun, 21-6, 21-18.
Pasangan nombor empat dunia itu dijadualkan bertemu pilihan kelima dari China, Li Yi Jing-Luo Xu Min bagi merebut tiket ke pentas final.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Indonesia
#Man Wei Chong
#Tee Kai Wun
#beregu
#Separuh Akhir
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan