SUKAN
Terbuka Mesir 2025: Sivasangari mara ke suku akhir

Pemain nombor lapan dunia itu menundukkan pilihan ke-16 kejohanan pada aksi pusingan 16 terbaik, yang berlangsung di Giza. - Gambar fail/Instagram Sivasangari
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita utama negara, S Sivasangari menempah tempat ke suku akhir Terbuka Mesir 2025 selepas menewaskan wakil England, Jasmine Hutton, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu menundukkan pilihan ke-16 kejohanan 3-1 (12-10, 7-11, 11-9, 11-5), dalam masa 47 minit pada aksi pusingan 16 terbaik, yang berlangsung di Giza, Mesir.
Sivasangari akan berdepan atlet tuan rumah sama ada Amina Orfi atau Farida Mohamed dalam aksi suku akhir pada Rabu ini (17 Sept), menurut laman sesawang Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Untuk rekod, Sivasangari kini satu-satunya wakil Malaysia yang masih bertahan di kejohanan itu selepas Rachel Arnold, Aira Azman dan pemain lelaki utama negara, Ng Eain Yow, tersingkir di pusingan kedua.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami