awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Mesir: Sivasangari wakil tunggal negara ke pusingan ketiga

Bernama
Bernama
13/09/2025
22:15 MYT
Terbuka Mesir: Sivasangari wakil tunggal negara ke pusingan ketiga
Sivasangari (gambar) hanya memerlukan 29 minit untuk menundukkan pemain tuan rumah Nour Heikal 13-11, 11-9, 11-5. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita nombor satu negara S. Sivasangari menjadi wakil tunggal Malaysia yang mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga Terbuka Mesir 2025 di Giza, semalam.
Kemaraannya itu hadir selepas tiga lagi pemain negara, Rachel Arnold, Aira Azman dan pemain perseorangan lelaki utama Ng Eain Yow tersingkir di pusingan kedua.
Sivasangari yang juga pilihan ketujuh hanya memerlukan 29 minit untuk menundukkan pemain tuan rumah Nour Heikal 13-11, 11-9, 11-5. Pemain berusia 26 tahun itu akan menentang wakil England Jasmine Hutton, yang menewaskan rakan senegaranya Grace Gear 11-3, 11-5, 11-7.
Harapan untuk menyaksikan pertembungan sesama pemain Malaysia di antara pemain nombor 19 dunia Rachel Arnold dan pemain nombor 28 dunia Aira Azman di pusingan ketiga tidak kesampaian apabila kedua-duanya tunduk kepada lawan masing-masing.
Rachel sekali lagi gagal menewaskan pemain tuan rumah Salma Hany, apabila kalah buat kali kelima berturut-turut kepada pemain nombor 15 dunia itu dengan keputusan 5-11, 11-2, 4-11, 15-17, manakala Aira tumpas kepada pemain nombor tiga dunia juga dari Mesir Hania El Hammamy, 9-11, 9-11, 5-11.
Salma dan Hania akan berentap sesama sendiri pada pertembungan pusingan ketiga sesama pemain Mesir hari ini.
Sementara itu, Eain Yow pula tersingkir selepas gagal mengekalkan kemenangan set pertama 11-8, apabila akhirnya akur kepada pemain tuan rumah Kareem El Torkey 9-11, 8-11, 5-11.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy
#S Sivasangari
#Terbuka Mesir 2025
#Ng Eain Yow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan