awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terjun Siri Piala Dunia: Gandingan Pandelela-Mun Yee tidak menjadi

Astro Arena
Astro Arena
16/04/2016
12:49 MYT
Terjun Siri Piala Dunia: Gandingan Pandelela-Mun Yee tidak menjadi
Pandelela dan Mun Yee hanya berjaya menaiki podium sekali, iaitu dalam siri pertama di Beijing, awal bulan lalu. - Foto Astro Arena
PENERJUN negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee, terlepas meraih pingat selepas menamatkan saingan 10m platform seirama di tangga keempat dalam Kejohanan Terjun Siri Piala Dunia di Windsor, Kanada. Pandelela dan Mun Yee hanya berjaya menaiki podium sekali, iaitu dalam siri pertama di Beijing, awal bulan lalu. Selepas dua terjunan awal di Windsor, pasangan negara ini berada di kedudukan ketiga dengan 100.20 mata. Pertunjukan terbaik Pandelela dan Mun Yee hadir dalam terjunan ketiga dengan mereka berjaya mengumpul sejumlah 72 mata untuk terus kekal di tempat ketiga. Bagaimanapun, kesilapan Pandelela dalam terjunan keempat menyaksikan mereka hanya memperoleh 44.16 mata, sekali gus jatuh ke tangga keempat. Walaupun cuba bangkit dalam terjunan terakhir, ia tidak cukup untuk mengatasi pasangan Great Britain, Tonia Couch dan Lois Toulson, yang berjaya memastikan pingat gangsa milik mereka. Perak dimenangi gandingan tuan rumah manakala pasangan China, Chen Ruo Lin/Liu Hui Xia tiada tandingan cemerlang untuk merangkul pingat emas.
Topic Berkaitan
#Kanada
#Kejohanan Terjun Siri Piala Dunia
#Leong Mun Yee
#Pandelela Rinong
#sukan terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan