awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar

Bernama
Bernama
15/02/2025
02:30 MYT
TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
Badrul berkata kekalahan itu menyebabkan skuad Penyu kehilangan tiga mata berharga di hadapan penyokong sendiri. - Foto BERNAMA
KUALA NERUS: Pasukan Terengganu FC (TFC) mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) malam tadi.
Ketua jurulatihnya Badrul Afzan Razali berkata kekalahan itu menyebabkan skuad Penyu kehilangan tiga mata berharga di hadapan penyokong sendiri.
Beliau berkata ketumpulan penyudah masih menjadi masalah utama di bahagian serangan menyebabkan banyak peluang gol disia-siakan begitu sahaja.
"Kita mula dengan agak perlahan terutama pada separuh masa pertama. Banyak kesilapan yang kita lakukan menyebabkan kita dihukum dengan gol kedua pada minit-minit akhir perlawanan.
"Pada babak kedua, kita bangkit menyerang dan mencipta banyak peluang, tetapi sekali lagi masalah ketumpulan penyudah menghantui pasukan kami," katanya selepas perlawanan Liga Super menentang KL City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini malam tadi.
Bagaimanapun, pengendali berusia 49 tahun itu enggan berputus asa dan menggesa anak buahnya bangkit pada perlawanan menentang Kuching City FC di SSMZA pada 21 Feb.
"Walaupun sukar kita masih ada peluang untuk mencabar kedudukan Sabah FC di tempat ketiga liga. Tetapi, dengan syarat pemain perlu bangkit dan tidak ulangi kesilapan seperti malam ini (malam tadi)," katanya.
Sementara itu, pengendali KL City FC Miroslav Kuljanac berkata kejayaan malam tadi amat bermakna dan menjadi pencetus semangat buat pasukannya yang telah melalui beberapa perlawanan tanpa kemenangan.
Pujian harus diberikan kepada anak buahnya yang telah mempamer semangat juang tinggi walaupun ketinggalan satu gol pada awal babak permainan.
"Ia perlawanan yang menarik dan mendebarkan. Kedua-dua pasukan telah memberikan persembahan terbaik mereka. Mungkin kami bernasib baik malam ini ... kami menang selepas kecundang dalam beberapa perlawanan.
"Saya perlu mengucapkan tahniah kepada para pemain. Mereka telah menunjukkan semangat juang. Saya harap kami mampu terus mengekalkan rentak ini dalam perlawanan seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Liga Super
#TFC
#KL City FC
#badrul afzan razali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan