awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TFC nafi dakwaan tak bayar gaji Ivan Mamut selama sembilan bulan

Bernama
Bernama
06/05/2025
00:20 MYT
TFC nafi dakwaan tak bayar gaji Ivan Mamut selama sembilan bulan
Menurut TFC, Mamut (gambar) mengalami kecederaan serius pada Mac tahun lepas sehingga menyebabkannya terpaksa berehat panjang dan menjalani pembedahan di negara asalnya, Croatia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA NERUS: Terengganu Football Club (TFC) menyangkal dakwaan kelab itu gagal melunaskan pembayaran gaji penyerang import, Ivan Mamut selama hampir sembilan bulan.
TFC dalam kenyataan semalam memaklumkan dakwaan terbabit tidak tepat dan diambil daripada sumber tidak sahih.
Sehubungan itu, TFC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluar atau menyebar berita yang boleh menjejaskan reputasi kelab.
"TFC sentiasa menjaga kebajikan dan memberi peluang kepada semua pemain untuk berbincang mendapatkan jalan terbaik demi kesejahteraan dan kebaikan pasukan.
"Jika ada sebarang perkara yang tidak dijelaskan sama ada gaji atau hal-hal lain, saluran yang betul boleh digunakan sebagaimana termaktub dalam perjanjian atau kontrak yang telah dipersetujui," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu juga, Mamut telah menandatangani kontrak lanjutan musim 2024/2025 pada Disember 2023.
Bagaimanapun, pemain terbabit telah mengalami kecederaan serius pada Mac tahun lepas sehingga menyebabkannya terpaksa berehat panjang dan menjalani pembedahan di negara asalnya, Croatia.
"Pada Januari lepas, Mamut kembali melapor diri di bumi Terengganu untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia, tetapi tidak dapat dapat bermain kerana tidak cergas sepenuhnya.
"Pada musim 2024/2025, beliau tidak menyumbang apa-apa minit permainan kepada TFC," menurut kenyataan itu.
Justeru, TFC berharap agar isu berkenaan tidak digembar-gembur kerana ia bukan sahaja merosakkan nama TFC, malah memberi imej negatif kepada Liga Malaysia secara amnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TFC
#Ivan Mamut
#tunggakan gaji
#kontrak lanjutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami