awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada beban tekanan berganda'

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2023
00:10 MYT
'Tiada beban tekanan berganda'
Rizal (gambar kecil) berkata, Zii Jia kini boleh fokus kepada peningkatkan prestasi dalam misi memburu pingat emas pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024. - Foto Agensi/Sinar Harian
KEPUTUSAN pemain lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk tidak berada dalam program Road To Gold (RTG) wajar dihormati oleh semua pihak.
Penganalisis Sukan, Rizal Hashim berkata, keputusan itu menunjukkan Zii Jia mahu berdikari dengan menaruh kepercayaan kepada sistem sokongannya termasuk menerusi bimbingan jurulatih, Wong Tat Meng.
Malah, beliau berkata, Zii Jia turut dibantu dengan kehadiran Liew Daren, Lim Joe Heang selaku penganalisis prestasi serta penasihat fisioterapi, Sandra Fiedler.
“Jika kita kaji kelebihan dalam RTG, antaranya elaun tambahan, khidmat sokongan sains sukan berfokus serta keistimewaan khas untuk atlet elit disediakan, namun elemen itu sudah dimiliki Zii Jia dan Team LZJ.
“Keputusan ini boleh dilihat daripada dua sudut. Memandangkan Zii Jia di luar program (RTG), dia tidak akan dibebani dengan tekanan berganda.
“Dari satu lagi sudut, mungkin ada beranggapan bahawa dia istimewa daripada atlet lain,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.
Rizal berkata, Zii Jia kini boleh fokus kepada peningkatkan prestasi dalam misi memburu pingat emas pertama pada Sukan Olimpik Paris 2024.
Beliau memberitahu, andai keputusan sebaliknya berlaku, itu risiko yang Zii Jia perlu tanggung disebabkan pemain ranking ke-11 dunia itu memiliki pasukannya sendiri.
“Secara peribadi, saya lihat RTG sesuai untuk atlet daripada terjun dan lumba basikal yang tidak mempunyai khidmat sokongan khas bagi meningkatkan prestasi mereka,” jelasnya.
Jawatankuasa RTG pada Selasa mengesahkan Zii Jia tidak akan terus berada dalam RTG, sekali gus juara Seluruh England dan Asia itu tidak lagi menerima khidmat sokongan daripada program elit berkenaan.
Keputusan tersebut dibuat selepas membuat pertimbangan sewajarnya dan rujukan dalaman menyaksikan Zii Jia tidak memerlukan khidmat sokongan daripada RTG.
Namun, Team LZJ memberi jaminan bahawa mereka akan terus bekerjasama rapat dengan pemegang taruh seperti Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara menuju ke Sukan Olimpik Paris tahun depan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Road to Gold
#rizal hashim
#Sukan Olimpik Paris 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan