awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada jalan mudah buat Tottenham, kata Jose Mourinho

Astro Arena
Astro Arena
25/12/2020
01:44 MYT
Tiada jalan mudah buat Tottenham, kata Jose Mourinho
Walaupun empat daripada lima jadual perlawanan liga sepanjang perayaan Krismas ini akan menyaksikan Spurs menentang pasukan bawahan, Mourinho tidak menjangkakan satu perjalanan yang mudah. - Gambar fail
JOSE Mourinho tidak percaya Tottenham akan berdepan laluan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melalui ranjau enam pencabar utama.
Spurs telah berhitung dengan Manchester City, Chelsea dan Arsenal sepanjang dua bulan terakhir ini dengan memungut tujuh mata sebelum menghadapi Liverpool sebelum bertandang ke Crystal Palace sebelum menutup tirai tahun ini.
Pasukan bimbingannya tumbang kepada Leicester City -- yang meraih tempat kelima musim lalu -- hujung minggu lalu, secara tidak langsung mereka di tangga keenam dan enam mata ketinggalan dengan pendahulu, The Reds.
Spurs di ambang kekalahan EPL ketiga berturut-turut buat pertama kalinya sejak November 2012 yang ketika itu di bawah kendalian Andre Villas-Boas.
Walaupun empat daripada lima jadual perlawanan liga sepanjang perayaan Krismas ini akan menyaksikan mereka menentang pasukan bawahan, pengurus Portugis itu tidak menjangkakan satu perjalanan yang mudah.
Ketika ditanya sama ada 'enam pencabar utama itu' berada dalam kelas tersendiri dan adakah ia termasuk Wolves, lawan yang bakal mereka hadapi minggu ini, Mourinho berkata: "Saya percaya begitu tetapi sangat sukar untuk terus tekal dalam liga ini kerana setiap perlawanan adalah sangat rumit.
"Kami berada pada era iaitu kami perlu mempertimbangkan enam pencabar utama, kami bertemu mereka secara berturut-turut dan sekarang beberapa pihak mula mengatakan kami bahawa kami berpeluang mengharungi perlawanan yang lebih mudah.
"Apa yang lebih mudahnya? Berkunjung ke Wolves, menentang Fulham dan Aston Villa lebih mudah? Ia tidak begitu. ​​Kami harus berasa sangat gembira dengan kedudukan ini dan tidak perlu sedih dengan itu kerana saya percaya ini adalah sebuah liga yang hebat."
5 - José Mourinho has reached the League Cup semi-finals for the fifth time in his career, with the Portuguese manager going on to win the competition on each of the previous four occasions (2004-05, 2006-07, 2014-15 and 2016-17). Sign. #STOTOT
— OptaJoe (@OptaJoe) December 23, 2020
Spurs akan turun tanpa Giovani Lo Celso tetapi Mourinho yakin ketua pasukan, Harry Kane, akan dapat memainkan peranan penuh selepas mengatasi kecederaan ringan pada awal bulan ini.
Kane, yang beraksi dalam kemenangan suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) ke atas Stoke semalam, memerlukan satu gol lagi untuk muncul sebagai pemain Inggeris keempat yang melakar angka berganda dalam rentetan tujuh kempen EPL untuk berdiri sebaris dengan Michael Owen, Frank Lampard dan Wayne Rooney.
"Gio tidak cergas," katanya.
"Saya benar-benar tidak tahu berapa lama dia akan tersisih. Dia tidak akan bermain dalam tempoh Krismas ini dan Tahun Baru, itu pasti.
"Saya harap Kane mampu turun dalam kesemua perlawanan seterusnya. Perlawanan seterusnya adalah Ahad. Saya percaya bahawa pemain gigih sepertinya mampu menjaga diri sendiri menerusi gaya kehidupan profesional yang hebat, saya percaya bahawa dia bersedia untuk menentang Wolves."
Topic Berkaitan
#Jose Mourinho
#Tottenham Hotspur FC
#Liga Perdana Inggeris
#EPL
#Liverpool
#Chelsea
#Wayne Rooney
#Arsenal
#Manchester City
#Giovani lo Celso
#Harry Kane
#EFL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan