PERSEKUTUAN Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) menegaskan ahli gabungan yang enggan menggunakan sistem kiraan 15 mata bagi semua pertandingan domestik dan antarabangsa bakal berdepan tindakan.
Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, badan induk antarabangsa berkenaan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan garis panduan baharu itu.
“Mana-mana pihak atau persatuan yang enggan menggunakan perubahan ini akan diberi amaran keras dan jika terus berdegil akan dinasihat. Namun, sekiranya ia berterusan (mereka) akan berdepan tindakan daripada ISTAF.
“Semua pengadil ISTAF dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ASTAF) juga diarahkan agar mematuhi peraturan baharu ini
“ISTAF juga akan memaklumkan perkara ini kepada penganjur Sukan SEA Thailand 2025 dan Sukan Asia Nagoya 2026,” katanya yang memaklumkan perkara itu turut mendapat reaksi positif Presiden Persekutuan Sepaktakraw Arab Saudi, Aljawharah Y. Fallatah.
Pada masa sama Abdul Halim berkata: “Presiden Persekutuan Sepaktakraw Thailand, Thana Chaiprasit, dan jawatankuasa badan induk tersebut juga telah dimaklumkan pemangku presiden ISTAF, Boonchai Lorhpipat mengenai perubahan sistem kiraan mata tersebut.
ISTAF sebelum ini mewajibkan pelaksanaan sistem kiraan 15 mata bagi semua pertandingan domestik dan antarabangsa bermula 1 Februari tahun depan.
Sistem kiraan 15 mata diluluskan semasa mesyuarat Kejohanan Sepak Takraw Dunia ke-36 Piala Raja Thai 2023 pada 15 Julai lalu menyaksikan pasukan terikat 14-14, regu pertama yang meraih mata ke-17 akan muncul pemenang.
Setiap regu juga kini memperoleh satu servis sahaja berbanding tiga sebelum ini bagi semua pertandingan di dalam dan luar negara. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 24 2023
Aksi pemain Thailand, Varayut Jantarasena (tengah) yang dihadang pemain Malaysia, Mohamad Azlan Alias dalam acara final lelaki berpasukan final Sukan Asia 2022 pada September lalu. Gambar kecil: Abdul Halim. - Foto Sinar Harian
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
AWANI Ringkas: Sultan Nazrin dilantik Pengerusi MKI untuk 2 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: Sejauh mana reformasi dasar diperlukan untuk tangani cabaran TVET?
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Sumali ketuai jawatankuasa khas pengiraan ranking dunia sepak takraw
Sumali dilantik mengetuai jawatankuasa khas dalam penentuan sistem pengiraan ranking dunia yang julung kalinya diperkenalkan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Mei ini.
Sistem ranking diperkenalkan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Ia merupakan antara usaha bagi membolehkan sukan sepak takraw mendapat pengiktirafan IOC untuk dipertandingkan dalam temasya Sukan Olimpik.
Tiada kompromi terhadap enggan guna 15 mata - ISTAF
ISTAF akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan garis panduan baharu itu.
Sepak Takraw: ISTAF terima cadangan PSM
Cadangan PSM itu diterima sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ISTAF yang berlangsung pada 8 Dis lepas.
Tiga wakil ISTAF hadir Forum IF 2023
Tiga wakil ISTAF dijemput menghadiri Forum Persekutuan Antarabangsa (IF) 2023 di Lausanne, Switzerland.
Malaysia anjur Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Kejohanan itu yang kali terakhir dianjurkan Malaysia pada 2011, akan melibatkan penyertaan dari 20 negara.
ISTAF terima kembali PSM
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) diterima semula sebagai ahli gabungan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) berkuat kuasa 15 Julai lepas.
ISTAF perkenal sistem pengiraan mata baharu berkuat kuasa tahun depan
Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) meluluskan sistem pengiraan baharu 15 mata setiap set, dan bukannya 21 mata sebagaimana sebelumnya.
Presiden ISTAF, Charouck meninggal dunia
Arena sepak takraw dunia hari ini menerima perkhabaran duka susulan pemergian Presiden ISTAF, Charouck Arirachakaran, yang meninggal dunia di kediamannya di Bangkok, hari ini.
Sepak takraw dunia, Malaysia sedih dengan kehilangan 'Raja Libas' Adnan Saidin
Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda sepak takraw Malaysia, Adnan Saidin yang meninggal dunia pagi ini.