KUALA LUMPUR: Lee Zii Jia tidak mempunyai masalah besar berhubung pelantikan Wong Tat Meng sebagai jurulatih baharu pemain perseorangan profesional negara itu.
Apa yang lebih penting kata Zii Jia ialah hakikat bahawa Tat Meng merupakan jurulatih tempatan yang mempunyai ciri-ciri diperlukan untuk membantu pemain nombor satu dunia itu merealisasikan impian mengejar emas Olimpik buat negara di Paris 2024.
"Saya tak rasa ia isu besar, kita teruskan dan cuba jadi positif kerana akhirnya saya mempunyai jurulatih.
"Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya gembira dengan berita ini dan jurulatih saya pun orang tempatan, jadi mari kita saling membantu untuk mengejar impian Olimpik .... Diharapkan beliau dapat membawa saya selangkah lebih tinggi," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Malaysia Masters 2023 di sini.
Pemain badminton berusia 25 tahun itu berkata demikian mengulas hantaran media sosial oleh pemain perseorangan lelaki nombor satu Hong Kong Angus Ng Ka Long, yang melahirkan kekecewaan apabila Tat Meng meninggalkan pasukannya, membuatkan mereka berdepan situasi yang sulit kerana sedang membuat persiapan untuk Sukan Asia di Hangzhou, China dari 23 Sept hingga 8 Okt.
Zii Jia berkata pelantikan Tat Meng dilakukan mengikut undang-undang dan semua usaha untuk mencapai kesepakatan dengan jurulatih berusia 55 tahun itu bermula apabila beliau ke Hong Kong untuk menjalani latihan singkat dengan skuad perseorangan lelaki pada April lepas.
Ditanya mengapa Tat Meng menjadi "insan terpilih", atlet berasal dari Kedah itu berkata bekas jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan itu mempunyai pengalaman luas di luar negara termasuk membimbing Korea Selatan sehingga menjuarai Piala Uber edisi 2022 dan membentuk pemain nombor dua dunia An Se Young berusia 21 tahun, sebagai seorang daripada pemain perseorangan wanita utama pada masa ini.
Dalam pada itu, bekas juara Asia itu berkata beliau menjangkakan Tat Meng akan menyertai pasukannya selepas Terbuka Indonesia 2023, yang dijadualkan berlangsung di Jakarta bermula 13 hingga 18 Jun.
Selain Hong Kong dan Korea Selatan, Tat Meng juga pernah berkhidmat untuk Persatuan Badminton Malaysia dari 2003 hingga 2011 dan 2013 hingga 2016 serta Indonesia pada 2012 dan Scotland bermula 2016 hingga 2018.
Di Malaysia, Tat Meng menyelia kebangkitan bekas pemain perseorangan wanita negara Wong Mew Choo apabila beliau memenangi Terbuka China 2007.
Selasa lepas, Pasukan LZJ (Team LZJ) menerusi hantaran dalam media sosial mengumumkan tugas segera Tat Meng ialah merangka program yang akan membantu Zii Jia mencapai prestasi konsisten, meningkatkan kedudukan dunia dan layak ke Sukan Olimpik 2024.
Zii Jia telah beraksi tanpa jurulatih sepenuh masa selepas berpisah dengan bekas jurulatihnya Indra Wijaya dari Indonesia pada akhir tahun lepas.
Ketika ditemui Bernama, Ka Long bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan peletakan jawatan Tat Meng daripada Persatuan Badminton Hong Kong dan hanya mengucapkan selamat maju jaya untuk usaha masa depannya bersama Zii Jia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023
Zii Jia berkata pelantikan Tat Meng dilakukan mengikut undang-undang dan semua usaha untuk mencapai kesepakatanitu bermula apabila beliau ke Hong Kong untuk menjalani latihan singkat dengan skuad perseorangan lelaki pada April lepas. - Gambar fail
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Piala Thomas: Zii Jia ikuti program latihan bersama Tat Meng
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia akan meneruskan program latihan yang telah dirancang oleh Pengarah Kejurulatihan TeamLZJ, Wong Tat Meng.
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Piala Thomas: Status penyertaan Zii Jia terjawab esok - Rexy
Teka teki di sebalik penyertaan pemain profesional negara Lee Zii Jia, ke dalam skuad Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, bakal diketahui esok.
BAC 2024: Zii Jia ke suku akhir
Jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024, selepas mengetepikan cabaran wakil Taiwan Chou Tien Chen hari ini.
Zii Jia ketuai kemaraan pemain negara di BAC 2024
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mengetuai kemaraan Malaysia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.
Zii Jia cari semangat Manila 2022 di Ningbo 2024
Lee Zii Jia tekad memastikan momentum beliau kembali berada pada tahap terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.
Zii Jia belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 - Rexy
Pemain lelaki profesional negara Lee Zii Jia masih belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 susulan Team LZJ sedang merangka perancangan terbaik.