HARIMAU Malaya dijangka tidak berdepan masalah menentang pasukan lain di peringkat antarabangsa walaupun tanpa kehadiran pemain naturalisasi.
Jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah berkata, ia terbukti apabila para pemain Malaysia yang diturunkan berjaya bermain dengan baik pada perlawanan persahabatan Siri Tiga Negara di Singapura baru-baru ini.
Menurut bekas pengendali Kedah itu, beliau tidak melihat kedua-dua pemain naturalisasi yang disenaraikan Kim Pan-gon iaitu Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi memberi impak kepada persembahan pasukan kebangsaan.
“Saya rasa pasukan negara tidak akan ada masalah untuk bermain dengan baik sekiranya tiada kedua-dua pemain naturalisasi ini. Sama ada mereka ada atau tidak, ia langsung tidak beri kesan kepada skuad kebangsaan kerana kedua-dua pemain ini tidak memberi apa-apa impak kepada pasukan kebangsaan dalam perlawanan persahabatan menentang Filipina dan Singapura.
“Sebagai contoh Liridon pada perlawanan awal menentang Filipina, saya lihat kemasukannya pada babak kedua hanya memperlahankan rentak permainan yang mana sebelum itu pasukan bermain dengan sangat laju.
“Untuk Sumareh persembahannya pada kedua-dua perlawanan kali ini tidak memberangsangkan terutama ketika perlawanan menentang Singapura apabila dia dimasukkan bagi menggantikan Syafiq Ahmad.
“Tetapi apa-apapun terpulang kepada Pan-gon sama ada untuk menyenaraikan mereka dalam pasukan selepas ini. Tetapi kalau ditanya kepada saya Pan-gon perlu mencari pemain yang lebih baik untuk menggantikan mereka,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar pada Isnin.
Sebelum ini, Liridon dan Sumareh dikritik hebat oleh peminat bola sepak tanah air selepas gagal mempamerkan aksi yang baik pada perlawanan persahabatan menentang FIlipina dan Singapura.
Malah peminat sukan tanah air turut mencadangkan agar Pan-gon menggugurkan kedua-dua nama itu pada aksi seterusnya dan memberi tumpuan kepada pemain-pemain tempatan.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai aksi keseluruhan pasukan kebangsaan dalam kedua-dua perlawanan itu, Azraai tanpa berselindung nyata menyukai corak permainan yang ditampilkan pasukan kebangsaan.
Menurut beliau, sekiranya corak permainan yang ditampilkan ketika ini dapat dikekalkan, dia tidak menolak Malaysia mampu untuk mencatatkan keputusan positif pada saingan saingan kelayakan Piala Asia, Jun depan seterusnya mampu untuk layak secara merit ke kejohanan bola sepak terbesar Asia itu.
“Secara keseluruhan, saya kagum dengan corak permainan yang ditampilkan pasukan. Mereka ada kepantasan dalam menyerang dan mampu bertahan dengan baik.
“Insya-ALLAH kalau mereka berjaya tampilkan permainan seperti ini, saya tidak tolak kemungkinan Malaysia mampu layak ke Piala Asia tahun depan,” ujarnya.
*Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 29 2022

Krasniqi dan Sumareh ketika menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya. Gambar kecil: Azraai Khor. - Foto Sinar Harian/Football Association of Malaysia

Alphard hilang dilarikan penyewa
Kes ini membabitkan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard model AGH30 bernilai RM361,723.71.

Gempa bumi lemah landa Kepulauan Andaman
MET Malaysia tidak menjangkakan kejadian itu berpotensi mengakibatkan tsunami yang memberi kesan kepada Malaysia.

Langgar hak cipta, syarikat pembuatan acuan plastik didenda RM24,000
Syarikat itu didakwa memiliki empat salinan langgaran karya sastera dalam bentuk program komputer yang telah melanggar hak cipta sebuah perbadanan di California, Amerika Syarikat.

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
Kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Penemuan empat anak Harimau Malaya beri harapan baharu
Menerusi imej dikongsikan World Wildlife Fund (WWF), tiga ekor anak harimau itu dilihat berjalan di hadapan bersama ibunya manakala seekor lagi berada di bahagian sebelah kanan.

Lonjak ranking petanda positif buat Harimau Malaya
Ia sesuatu yang membanggakan selepas kali terakhir Harimau Malaya berada dalam kelompok 150 teratas dunia pada 2014.

Malaysia lonjak tujuh anak tangga, kini di ranking ke-147 dunia
Skuad Harimau Malaya sebelum ini menduduki tangga ke-154 dunia pada ranking sebelum ini yang dikeluarkan Mac lepas.

Kelab Belia Prihatin pergiat usaha selamatkan Harimau Malaya
Belia Prihatin menyeru agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri, badan-badan korporat dan organisasi masyarakat dapat bekerjasama.

Jaami Qureshi kongsi keterbukaan wakili Harimau Malaya
Kepulangan Jaami Qureshi, menghangatkan spekulasi kebarangkalian pemain yang beraksi posisi sayap itu akan menyarung jersi keramat Harimau Malaya pada masa akan datang.

TMJ beri sokongan kuat di belakang tabir - Presiden FAM
Pasukan bola sepak negara yang layak secara merit ke Piala Asia 2023 telah mendapat sokongan padu daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Bincang bentuk imbuhan, skuad Harimau Malaya atau FAM yang lebih layak - PM
Perbincangan itu juga akan menentukan pihak yang lebih layak untuk menerima imbuhan sama ada FAM atau diberikan terus kepada pemain skuad Harimau Malaya.

Piala Asia 2023: Imbuhan buat skuad Harimau Malaya akan dibincangkan - PM
Khabar gembira buat anak-anak buah Kim Pan-gon akan diumumkan tidak lama lagi.

Agong ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023
Seri Paduka menzahirkan rasa syukur dan sukacita atas kejayaan serta semangat juang yang dipamerkan di pusingan kelayakan yang berakhir semalam.

Piala Asia 2023: Ahmad Faizal mengaku sokongan penyokong suntik semangat skuad Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan hargai sorakan tanpa henti penyokong tegar skuad kebangsaan, Ultras Malaya yang menggamatkan suasana di stadium.