Majlis Olimpik Malaysia (MOM) buat pertama kali, memutuskan untuk tidak meletakkan sebarang sasaran pingat bagi Sukan SEA di Singapura yang dijadualkan pada Jun.
Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata: "Kami telah bersetuju untuk tidak meletakkan sasaran kali ini. Kami tidak mahu memberi tekanan ke atas atlet."
Beliau berkata sukan-sukan individu mungkin mempunyai sasaran tertentu tetapi ini tidak melibatkan kontinjen.
"Setiap atlet berpeluang untuk meraih pingat emas...dan saya percaya setiap sukan mempunyai sasarannya sendiri," kata beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pemilihan MOM bagi Sukan SEA ke-28 di Singapura, di sini pada Selasa.
Turut hadir chef-de-mission (CDM) Datuk Mohamad Norza Zakaria, setiausaha kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi dan ketua pengarah Majlis Sukan Negara Ahmad Shapawi Ismail.
Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Malaysia akan memberi tumpuan kepada atlet baharu dan berpotensi pada Sukan SEA Singapura.
Khairy juga berkata bahawa pada Sukan SEA sebelumnya, Malaysia lebih memberi fokus kepada jumlah pingat emas untuk dicapai tetapi kali ini strateginya telah berubah.
Bernama
Wed Feb 04 2015

TUNKU IMRAN: Tiada sasaran pingat bagi Sukan SEA Singapura. -Gambar fail

Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh
Tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lot 784 di Kamunting, Taiping telah dimiliki The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak tahun 1883, kata Ketua Polis Perak.

Dakwaan rogol, Lubnan panggil balik dutanya ke Perancis
Menurut Kementerian Luar Lubnan, Rami Adwan akan ke Beirut selepas satu pasukan dihantar ke Kedutaan Lubnan di Paris untuk menyiasat kes itu.

Kerajaan teruskan subsidi ayam dan telur mulai bulan depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.

Serangan pisau Perancis: 'Tiada petunjuk motif pengganas' - Pendakwa Raya
Suspek lelaki adalah pelarian gelandangan yang tiba di Annecy pada musim luruh tahun lalu, dan kini dalam tahanan polis.

20 remaja cedera selepas tanjakan di Texas runtuh
Lima daripada mereka dihantar ke hospital di Houston menggunakan helikopter dan selebihnya dengan bantuan ambulans dan kenderaan persendirian.

Saya didakwa berhubung dokumen sulit - Trump
Trump berkata dia sepatutnya hadir di mahkamah Miami pada Rabu.

Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan heroin bernilai RM132,375
JKDM pada mulanya menyita kotak bungkusan daripada sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran kurier, di Kompleks Kargo Udara Kedua, Jalan Batu Maung.

Bapa reda hilang tiga anak berselang jam
Walaupun berat ujian diterima, Abu Bakar Ibrahim reda dengan kehilangan tiga anak lelakinya yang berselang hampir satu jam antara satu sama lain akibat kemalangan semalam.

Kes tembak Cheras: Polis ada petunjuk baharu kesan 2 lagi suspek
Polis menemukan petunjuk baharu dalam memburu dua lagi lelaki bersenjatakan parang yang melarikan diri selepas dua rakan mereka ditembak mati di Taman Supreme, Cheras, di sini, semalam.

Eizlan Yusof bakal masuk Pas?
Eizlan Yusof, 51, dipercayai bakal menyertai Perikatan Nasional di bawah tiket Pas.

RUU Kawalan Produk Merokok dibentang 12 Jun ini - Dr Zaliha
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 12 Jun ini.

Khairy persoal keputusan Tok Mat tidak berucap di Dialog Shangri-La
Khairy Jamaluddin mempersoalkan keputusan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak berucap di Dialog Shangri-La.

KJ pertimbang tubuh parti baharu
Khairy Jamaluddin mempertimbangkan untuk menubuhkan parti baharu disebabkan pasaran politik yang agak tepu.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

KJ saman Jamal Yunos, tuntut RM1 juta
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar. Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung sidang media semasa PAU 202

Perlu lebih masa sebelum sertai mana-mana parti politik - KJ
Khairy menjelaskan, sekiranya mahu menyertai mana-mana parti politik, beliau akan memilih dengan rela hati kerana ia mewakili pendiriannya.

'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'
Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada Sabtu.

Penyertaan KJ nilai tambah kepada parti - MPT Bersatu
Bekas Menteri Kesihatan itu disifatkan sebagai layak untuk mendapat tempat dalam barisan MPT mana-mana parti.

Annuar Musa antara 10 bekas pemimpin UMNO isi borang sertai Pas - Takiyuddin
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa adalah antara lebih 10 bekas pimpinan UMNO yang sudah mengisi borang permohonan menganggotai Pas.

Khairy bukan lagi ahli UMNO, hak dia ke mana pun - Ahmad Zahid
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bebas untuk menyertai mana-mana parti, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.