awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia

Bernama
Bernama
08/01/2025
22:40 MYT
Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan, Sin Li Jane dan Gillian Lim berjaya menempatkan diri dalam kelompok 32 terbaik selepas menamatkan cabaran kumpulan di kedudukan kelima. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiga pemain elit wanita negara mengesahkan tiket ke pusingan 32 terbaik acara individu di Kejohanan Boling Piala Dunia 2025 dengan bergaya apabila masing-masing mengungguli saingan peringkat kumpulan di Kowloon, Hong Kong malam tadi.
Tiga pemain tersebut ialah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, yang akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim, yang turut berjaya menempatkan diri dalam kelompok 32 terbaik selepas menamatkan cabaran kumpulan di kedudukan kelima.
Dalam saingan peringkat Kumpulan A, Siti Safiyah mengumpul keseluruhan 36 mata dengan 2,783 jatuhan pin, sementara Natasha mendahului Kumpulan C dengan 30 mata dan 2,800 jatuhan pin dan Li Jane menjuarai Kumpulan D dengan 33 mata dan 2,723 jatuhan pin.
Sementara itu, Gillian mengumpul 24 mata dengan 2,785 jatuhan pin dalam Kumpulan B.
"Dua hari yang lalu sangat mendebarkan bagi saya kerana ini adalah Piala Dunia pertama saya. Lusa, kami akan memasuki format kalah mati, yang berdasarkan tiga perlawanan, jadi saya akan berusaha sebaik mungkin dan lihat bagaimana keadaannya." kata Gillian melalui video yang dikongsikan kepada pemberita malam tadi.
Siti Safiyah pula menyasarkan untuk mara sehingga ke separuh akhir pada edisi kali ini.
"Sepanjang dua hari dalam kejohanan ini, saya berada di tempat pertama, jadi saya berasa yakin dengan pelan permainan saya. Sasaran saya adalah untuk naik perlahan-lahan daripada top 32 ke top 16, top 8 dan mungkin ke separuh akhir," katanya.
"Selepas acara individu ini, kami akan bertanding dalam acara berpasukan pula. Jadi, jika tidak mencapai sasaran dalam acara individu, kami akan berusaha lebih baik dalam acara berpasukan kerana acara tersebut sangat penting untuk pasukan Malaysia," tambahnya.
Saingan 32 terbaik acara individu wanita dijadual berlangsung Jumaat ini.
- BERNAMA
TAG: sukan, boling, Piala Dunia, Siti Safiyah, Sin Li Jane
Topic Berkaitan
#Piala Dunia
#boling
#boling elit wanita
#Hong Kong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan