PETALING JAYA: Selangor FC mencalarkan ego Terengganu FC selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-1 pada pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini, malam tadi.
Kekalahan itu menamatkan rentetan sembilan kemenangan berturut-turut skuad Penyu dalam kesemua pertandingan manakala kejayaan diraih Selangor 'memanjangkan' rekod tanpa kalah skuad bimbingan Tan Cheng Hoe kepada sembilan perlawanan sejak dilantik menjadi Ketua Jurulatih hujung September lepas.
Di awal permainan, pertembungan kedua-dua pasukan itu yang kali terakhir berentap di pentas separuh akhir pada edisi 2011 dikuasai Terengganu yang mendahului menerusi sepakan percuma ketua pasukan Tchetche Kipre menewaskan penjaga gol Mohd Khairulazhan Mohd Khalid pada minit ke-19.
Terengganu, di bawah bimbingan Mohd Nafuzi Mohd Zain berpeluang menambah jaringan tiga minit kemudian, namun bola tolakan pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim dalam kotak penalti gagal disambar penyerang Kpah Sherman sebelum dikeluarkan Mohd Khairulazhan.
Mohd Khairulazhan kemudian bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan jarak dekat Manuel Ott sebelum Selangor berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas pemain pertahanan Richmond Tetteh Ankrah menanduk masuk sepakan sudut Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ke-37.
Gol tersebut ternyata membakar semangat Skuad Gergasi Merah sehingga hampir meledak gol kedua tetapi rembatan Hein Htet Aung dari jarak dekat pada minit ke-39 berjaya ditepis keluar Mohd Suhaimi Husin sebelum penjaga gol itu tertewas buat kali kedua empat minit kemudian.
Penyerang sensasi Herlison Caion De Souza Ferreira menggandakan kedudukan buat Selangor selepas bijak mencari ruang untuk menanduk masuk sepakan sudut Muhammad Mukhairi sekali gus mencetak gol kelima dalam kempen Piala Malaysia musim ini.
Momentum cemerlang Selangor sepanjang 45 minit pertama diteruskan pada babak kedua yang menyaksikan mereka hanya memerlukan sembilan minit selepas rehat untuk meraih gol ketiga, kali ini giliran pemain pertahanan Sharul Nazeem Zulpakar menanduk masuk sepakan penjuru Muhammad Mukhairi.
Kedudukan 3-1 itu kekal sehingga wisel penamat selepas Terengganu yang merupakan naib juara Liga Super musim ini, mensia-siakan beberapa peluang jaringan terhidang termasuk satu percubaan Kpah Sherman dari jarak dekat yang sekadar menggegar palang pada minit ke-88.
Kekalahan di tempat lawan menyaksikan Terengganu yang kali terakhir muncul juara pada edisi 2001 dan kali terakhir mara ke final pada edisi 2018, berdepan tugas getir pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Isnin ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 16 2022
Herlison Caion De Souza Ferreira meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukannya pada pelawanan aksi Separuh Akhir pertama Piala Malaysia 2022, Pasukan Selangor FC menentang TFC di Stadium MBPJ malam tadi. --fotoBERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Piala Malaysia: Sri Pahang lolos ke suku akhir, tewaskan Selangor 2-1
Sri Pahang FC berjaya ke suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan agregat 3-2 selepas menewaskan Selangor FC 2-1, malam tadi.
Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.
Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.
Piala Malaysia: Negeri Sembilan bertemu Terengganu di suku akhir
Negeri Sembilan FC mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan menyingkirkan PDRM FC.
Sabah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dengan bergaya
Sabah menerima saingan sengit yang menyaksikan kedudukan terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama.
Piala Malaysia: Dua jaringan PDRM saat akhir kecewakan NSFC
PDRM FC memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 menentang Negeri Sembilan FC.
Fandi hampa kesilapan minit akhir punca Sri Pahang FC catat seri
Ketua Jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad hampa apabila skuad bimbingannya setakat mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Selangor FC.
TFC perlu kekal fokus, pastikan layak ke suku akhir
Badrul Afzan Razali berkata momentum kemenangan itu perlu diteruskan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Piala Malaysia: Selangor ikat Sri Pahang, Terengganu tundukkan Melaka
Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 1-1 ketika bertemu Selangor FC, malam tadi.