awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiger Woods sasar kempen The Open

Astro Arena
Astro Arena
08/06/2022
02:00 MYT
Tiger Woods sasar kempen The Open
Woods berasa jauh lebih sihat selepas membuat kemunculan semula Masters. - Foto fail AP
TIGER Woods memutuskan untuk tidak menyertai Terbuka Amerika Syarikat (AS) bulan ini tetapi merancang untuk berada di St Andrews bagi memburu kejuaraan The Open, bulan depan.
Juara utama 15 kali itu menarik diri daripada Kejohanan PGA AS bulan lalu selepas mencatat sembilan di atas par 79 dalam pusingan ketiga.
Ia kejohanan keduanya sejak mengalami kecederaan kaki yang serius dalam kemalangan kereta pada Februari 2021.
Pemain berusia 46 tahun itu membuat kemunculan semula yang sensasi apabila lolos ke seterusnya The Masters di Augusta, dua bulan lalu, sebelum berakhir di tempat ke-47.
I previously informed the USGA that I will not be competing in the @usopengolf as my body needs more time to get stronger for major championship golf. I do hope and plan to be ready to play in Ireland at @JPProAm and at @TheOpen next month. Im excited to get back out there soon!
— Tiger Woods (@TigerWoods) June 7, 2022
Woods berasa jauh lebih sihat selepas membuat kemunculan semula Masters yang dianggap mustahil menjelang Kejohanan PGA AS di Southern Hills tetapi makin bergelut dalam kejohanan utama kedua tahun ini itu.
Pemain legenda AS itu pada malam tadi mengesahkan dia tidak akan beraksi dalam Terbuka AS yang akan bermula di The Country Club di Brookline, Massachusetts, 16 Jun.
Bagaimanapun, dia menyasarkan untuk bermain dalam JP McManus Pro-Am di Adare Manor di County Limerick pada 4-5 Julai dan bermain dalam major terakhir tahun ini di Scotland, minggu depan.
Dia menciap di Twitter: "Saya pernah memaklumkan kepada USGA bahawa saya tidak akan bertanding dalam @usopengolf kerana badan saya memerlukan lebih banyak masa untuk menjadi lebih bersedia untuk bertanding dalam kejuaraan utama.
"Saya berharap dan merancang untuk bersedia bagi membolehkan saya bermain di Ireland di @JPProAm dan di @TheOpen bulan depan. Saya teruja untuk kembali ke sana tidak lama lagi!"
Topic Berkaitan
#golf
#Tiger Woods
#The Open
#PGA AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan