awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TM nafi gagal penuhi kewajipan untuk Liga Malaysia

Bernama
Bernama
18/03/2019
22:58 MYT
TM nafi gagal penuhi kewajipan untuk Liga Malaysia
TM berkata mereka dan MFL gagal mencapai persetujuan bersama terhadap beberapa terma asas komersial yang diperlukan bagi kolaborasi, menyebabkan kedua-dua pihak memutuskan menamatkan kontrak kerjasama tersebut.
Telekom Malaysia Berhad (TM) menafikan beberapa laporan berita bahawa syarikat telekomunikasi itu gagal memenuhi kewajipan dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berhubung penajaan Liga Malaysia (Liga-M).
TM dalam kenyataan pada Isnin, berkata syarikat berkenaan dan MFL gagal mencapai persetujuan bersama terhadap beberapa terma asas komersial yang diperlukan bagi kolaborasi dimaksudkan itu menyebabkan kedua-dua pihak memutuskan menamatkan kontrak kerjasama tersebut.
"Walaupun beberapa tarikh akhir dipersetujui bersama dilanjutkan untuk memuktamadkan perjanjian itu, kedua-dua pihak gagal mencapai persefahaman. Dalam hal ini, pada 1 Nov 2018, TM memaklumkan kepada MFL secara bertulis bahawa kerjasama itu sudah berakhir," kata TM.
Syarikat berkenaan, bagaimanapun, berkata mereka akan terus memberi sokongan kepada arena sukan negara dan juga kepada atlet masing-masing.
Jumaat lepas, MFL mengumumkan untuk menamatkan kontrak penajaan bersama TM.
Keputusan itu dibuat selepas mendapat kata sepakat Anggota Lembaga Pengarah dalam satu mesyuarat bersama Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
TM sebelum ini menandatangani kontrak perjanjian selama lapan tahun dengan MFL pada 29 Jan tahun lepas, dengan nilai penajaan dikatakan berjumlah RM480 juta. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Liga Bola Sepak Malaysia
#Liga Malaysia
#Malaysia Football League
#MFL
#Telekom Malaysia
#TM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan