awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ minta persatuan negeri, kelab lepas pemain sertai skuad Sukan SEA

Bernama
Bernama
24/05/2017
23:11 MYT
TMJ minta persatuan negeri, kelab lepas pemain sertai skuad Sukan SEA
Menurut Tunku Ismail, menyarung jersi negara adalah tugasan yang berbeza kerana ia melibatkan nama baik negara, lebih-lebih lagi Malaysia menjadi tuan rumah temasya itu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan misi skuad bawah 22 tahun (B-22) negara di temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur, Ogos ini, sebagai satu tugas khas.
Justeru, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) meminta pasukan negeri dan kelab memberi kerjasama melepaskan pemain mereka menyertai kem latihan pusat untuk persediaan menghadapi temasya dwitahunan yang akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos.
Menurut Tunku Ismail, menyarung jersi negara adalah tugasan yang berbeza kerana ia melibatkan nama baik negara, lebih-lebih lagi Malaysia menjadi tuan rumah temasya itu.
"Hanya kerana temasya itu tiada dalam kalendar FIFA, ada sesetengah pasukan enggan melepaskan pemain mereka tetapi seperti yang saya katakan, ia adalah kes yang berbeza.
"Ini bukan perlawanan persahabatan biasa yang dilangsungkan di luar negara. Ia adalah pertandingan yang kita harapkan skuad negara menampilkan aksi terbaik kerana dilangsungkan di laman sendiri...kita adalah tuan rumah," katanya pada sidang media memperkenalkan ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada di sini pada Rabu.
Menurut Tunku Ismail, beliau sendiri akan melepaskan pemainnya dan berharap pasukan lain juga mengambil langkah yang sama.
Beliau berkata sebagai tuan rumah Sukan SEA, tentunya tidak ada yang mahu melihat skuad negara tersingkir lebih awal, sebaliknya mahu mereka berjaya.
Namun Tunku Ismail berkata ia masih terpulang kepada pasukan-pasukan kerana pemain adalah milik mereka dan FAM akan menghormati pendirian mereka.
Mengenai persiapan menghadapi Sukan SEA, Tunku Ismail berkata pasukan B-22 di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee, akan berlatih di China bermula 6 hingga 13 Jun dan mengadakan perlawanan menentang skuad B-22 China serta dua pasukan kelab di sana iaitu Guangzhou Evergrande dan Guangzhou R&F.
Sementara itu, Tunku Ismail berkata kehadiran Vingada turut boleh dimanfaatkan oleh Kim Swee untuk memudahkan usaha mempersiapkan skuad B-22 negara dengan bertukar pendapat, kepakaran dan pengalaman.
"Buat masa ini jurulatih skuad Sukan SEA adalah Datuk Ong Kim Swee. Tapi untuk berkongsi pendapat, kenapa tidak? Kita bekerja di bawah satu bumbung dan kita akan sentiasa berkongsi pendapat untuk kebaikan bola sepak negara," katanya.
Vingada, 64, atau dikenali dengan jolokan ''The Professor'' tiba di Malaysia semalam bagi mengambil alih tugas mengendali dan memulihkan kembali imej skuad Harimau Malaya yang semakin merosot.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#Harimau Malaysia
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan