JOHOR BAHRU: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan agar semua padang bola sepak milik kelab itu dinaik taraf.

JDT menerusi hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan bahawa baginda mengeluarkan titah itu kerana tidak berpuas hati dengan kualiti padang Harimau Selatan ketika ini.

"Kerja-kerja menaik taraf dan kemungkinan penanaman semula rumput akan dijalankan pada penghujung musim.

"Ia akan dimulakan dengan Pusat Latihan JDT dan Stadium Sultan Ibrahim untuk persediaan menghadapi musim 2024," menurut hantaran itu.

Padang JDT di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri dan Pusat Latihan JDT di Seri Gelam menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia.

TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KUALITI, TUNKU MAHKOTA JOHOR TITAH SEMUA PADANG JDT DINAIK TARAF DYAM Mejar Jeneral Tunku...

Posted by JOHOR Southern Tigers on 

-- BERNAMA