KUALA LUMPUR: Tokoh sukan, menteri dan orang ramai hari ini memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), mendiang Datuk Sieh Kok Chi, di Nirvana Center di sini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; bekas perenang kebangsaan Datuk Robert Lim; bekaspemain badminton negara, Ang Li Peng dan bekas Presiden Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk S. Vegiyathuman, antara yang hadir.
Ahmad Faizal berkata mendiang merupakan antara tokoh sukan yang menjadi teladan buat anak muda negara terutamanya dalam pembangunan sukan tanah air.
"Mendiang seorang tokoh sukan yang tiada galang gantinya, beliau mengorbankan hidupnya kepada sukan Malaysia, selaku bekas Setiausaha Agung di Majlis Olimpik Malaysia (MOM), beliau banyak berjasa kepada negara.
"Sebelum ini, apabila memikirkan calon penerima Anugerah Tokoh Sukan 2019-2020, tanpa saya berfikir panjang beliau layak dapat, malang sekali beliau tidak dapat datang sendiri untuk menerimanya," katanya kepada pemberita di sini.
Robert, yang merupakan rakan karib Kok Chi, ketika ditemui Bernama, menyifatkan mendiang seorang yang adil ketika memegang jawatannya sebagai Setiausaha Agung di MOM.
"Walaupun kami tamatkan karier kami sebagai perenang negara, tetapi beliau telah melakukan banyak inisiatif untuk mengubah badan induk itu sehingga dapat melihat kejayaan hari ini." katanya.
Vegiyathuman, yang juga rakan baik Kok Chi, turut meluahkan rasa sedihnya apabila kehilangan rakan yang begitu baik dan komited semasa berkhidmat di MOM.
"Saya kehilangan seorang sahabat yang baik, dialah yang memberi inspirasi kepada saya, sangat berpengetahuan serta sukan di sentuhan hujung jarinya. Saya banyak belajar daripadanya," katanya sambil menahan sebak.
Suasana hiba di Nirvana Center dengan ahli keluarga mendiang dan kakitangan MOM sebak dan kelihatan bergenang air mata sepanjang upacara itu.
Kok Chi meninggal dunia pada Sabtu lepas pada usia 83 tahun.
Semalam, adik-beradik mendiang mengumumkan berita pemergiannya dengan upacara memberi penghormatan terakhir akan diadakan selama dua hari bermula hari ini sebelum upacara pengebumian pada jam 10 pagi, Jumaat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022

Mendiang Kok Chi merupakan antara tokoh sukan yang menjadi teladan buat anak muda negara terutamanya dalam pembangunan sukan tanah air. - Gambar fail

Jiwa SME | Agar-agar kering laris dalam talian
Muhammad Shohimil Haffiz Salleh, seorang pemuda dari Kampung Undang, Kuala Terengganu, berjaya menghidupkan semula pemanis mulut tradisional agar-agar kering dengan gaya dekorasi yang lebih menarik untuk menarik minat generasi muda. Dengan menggunakan platform media sosial, produknya telah berjaya menembusi pasaran di dalam dan luar negara serta meraih pendapatan melebihi RM100 ribu setahun.

Rekod cemerlang 18 tahun ranking ATP Rafael Nadal lebur
Rafael Nadal terkeluar daripada 10 ranking pemain terbaik dunia buat julung kalinya dalam tempoh hampir 18 tahun.

Digital Serumpun | Malaysia-Indonesia jalin kerjasama strategik
JNJ Management Consultants (JNJ Group) menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan OK OCE dari Indonesia dalam mewujudkan 'Digital Serumpum' pada Isnin. Ia merupakan sebuah platform bagi merancakkan perkembangan industri keusahawanan tempatan melalui jaringan utuh dengan negara jiran tersebut.

Pelakon Hong Kong berusia 72 tahun pindahkan harta pada kekasih muda
Lung Kei, 72, mendedahkan sudah memindahkan nama kesemua tujuh harta yang dimiliki kepada kekasihnya yang berusia 36 tahun, Chris Wong.

Projek tebatan banjir disegerakan untuk kurangkan impak bencana - Anwar
Seramai 1,520 penjawat awam yang mewakili pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menyertai misi pascabanjir selama dua hari itu.

Esok tengok anak bulan Ramadan
Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan isytihar tarikh permulaan puasa malam esok.

Diana Danielle bayar sewa rumah, ada hak halang Farid Kamil masuk - Peguam
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kadir turut menjelaskan, hubungan Diana dan Farid juga sudah tidak baik.

'Ada hari saya tidak mahu bangun langsung' - Guru ditembak pelajar 6 tahun
Abigail Zwerner turut menghadapi kesukaran menjalani kehidupan seperti biasa terutama selepas terpaksa menjalani beberapa pembedahan.

Perlu sedar duit Tabung Haji, duit pendeposit - TH
Pengarah Eksekutif (Haji) Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata Tabung Haji (TH) memegang amanah 8.8 pendeposit untuk menguruskan RM88 bilion dana yang ada. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar sejumlah kos besar disalurkan hanya kepada lebih 30,000 jemaah haji dan mengabaikan aspek agihan keuntungan yang wajar kepada pendeposit lain.

Misi kemanusiaan di Turkiye dan Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan. Tumpuan misi kemanusiaan di kawasan terjejas kini tertumpu kepada kesihatan primer, makanan ruji dan tempat berteduh yang lebih kekal.

Tokoh sukan hadir beri penghormatan terakhir kepada Kok Chi
Tokoh sukan, menteri dan orang ramai hari ini memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), mendiang Datuk Sieh Kok Chi, di Nirvana Center di sini.

Mendiang Kok Chi lambang pelbagai aspek positif sukan - KP MSN
Datuk Sieh Kok Chi telah mencurah bakti kepada sukan negara sebagai atlet, pentadbir dan pemimpin sukan untuk tempoh hampir enam dekad.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Datuk Sieh Kok Chi
Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu.

Sieh Kok Chi meninggal dunia pada usia 83 tahun
Pemergian Kok Chi merupakan satu kehilangan besar buat sukan dan pergerakan Olimpik di Malaysia.

Bekas atlet naturalisasi didakwa tipu bekas setiausaha MOM
Seorang bekas atlet naturalisasi negara didakwa menipu bekas pegawai kanan sukan Datuk Sieh Kok Chi dan anak perempuannya yang cacat hampir RM1.5 juta dalam kes hartanah.

PPS diminta siasat kesahihan AGM KOM
Beliau mendakwa wujud pelbagai kesilapan dalam prosedur pemilihan itu termasuk kegagalan Datuk Sieh Kok Chi mengisytiharkan pembubaran kepimpinan KOM terdahulu.

Syarat untuk pelayar Israel perkara biasa - Sieh
Syarat-syarat yang dikenakan ke atas dua pelayar Israel bagi menyertai Kejohanan Layar Belia Dunia (YWC) Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) 2015 merupakan amalan biasa.

Cadangan had umur acara bola sepak Sukan SEA perlu dapat kelulusan
Cadangan had umur bawah 21 tahun acara bola sepak temasya Sukan SEA wajar mendapat kelulusan Persekutuan Sukan SEA, sebelum ia mampu dilaksanakan.

Dana RM15 juta MOM disyaki punca ugutan bunuh
Mungkinkah dana yang dimiliki Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang berjumlah RM15 juta mendorong kepada ugutan bunuh yang diterima Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)?

Tiada sasaran pingat bagi Sukan SEA Singapura - Tunku Imran
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) buat pertama kali, memutuskan untuk tidak meletakkan sebarang sasaran pingat bagi Sukan SEA di Singapura yang dijadualkan pada Jun.