BAKI dua hari sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020 melabuh tirai, bukan waktu untuk mendabik dada sebaliknya doa mengiringi atlet Malaysia untuk mencapai sasaran tiga pingat yang diumumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Berikutan sasaran satu pingat menerusi skuad terjun tidak direalisasikan, ini bermakna kontinjen berbasikal trek kini memikul tanggungjawab berat.
Pertaruhan dua baki pingat kini terletak terhadap kayuhan Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Shahrom yang bermula hari ini.
Ini bermakna, kedua-duanya perlu menaiki podium acara keirin bagi memastikan kempen Malaysia di Jepun berakhir dengan senyuman.
Sentimen itu dizahirkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, semalam.
"Saya sudah tidak mahu bercakap dengan mendabik dada, secara ikhlas saya lebih suka berdoa.
"Apa juga boleh berlaku, kontinjen boleh pergi ke selatan mahupun utara. Kita doakan yang terbaik.
"Kita lihat banyak atlet pilihan yang kalah contohnya (Kento) Momota.
"Saya doakan. Sebaiknya berdoa.
"Kami berharap Azizulhasni dalam keadaan terbaik, mungkin sahaja boleh membawa kepada pungutan pingat," katanya.
Kontinjen Malaysia setakat ini bersandarkan kepada satu pingat gangsa yang disumbangkan badminton menerusi beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Terjun menamatkan kempen di Pusat Akuatik Tokyo, pada Khamis, dengan tangan kosong selepas hajat Pandelela Rinong menyumbangkan pingat menerusi acara 10 meter platform individu tidak kesampaian.
Astro Arena
Sat Aug 07 2021
REEZAL MERICAN: Saya sudah tidak mahu bercakap dengan mendabik dada, secara ikhlas saya lebih suka berdoa. - Foto Astro ARENA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.