WALAUPUN mengalami trauma -- dihimpit sehingga terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian tulang rusuk dan kulit di bahagian bahunya koyak, Shah Firdaus Sahrom, melaungkan semangat kamikaze menjelang suku akhir acara keirin berbasikal trek, Sukan Olimpik Tokyo 2020, pagi esok.
Semangat juang Shah Firdaus untuk terus berjuang di Velodrom Izu tidak sedikit pun berkurang selepas pelumba kelahiran Johor itu mendapat lampu hijau daripada jurulatih, John Beasley, dan Institut Sukan Negara (ISN) walaupun pada awalnya dibimbangi mengalami kecederaan rusuk selepas dikejarkan ke hospital apabila mengadu sesak nafas sejurus kayuhan repechage.
"Insya-Allah tiada apa-apa (serius). Perjuangan harus diteruskan. Saya melecet dari bahu hingga ke kaki kiri.
"Kamikaze," katanya ketika ditemui di sebuah hospital tempatan oleh wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, sebentar tadi.
BACA: Tokyo 2020: Shah Firdaus disah tidak patah rusuk, peluang rebut pingat kembali bersinar
Shah Firdaus mempamerkan semangat luar biasa walaupun terlibat dalam kemalangan saringan kedua hari ini.
Dia juga mempamerkan prestasi mengagumkan apabila mengakhiri repechage dengan muncul sebagai pelumba terbaik meskipun suatu ketika dikepung dan ketinggalan di belakang.
Sementara itu, Datuk Azizulhasni Awang, lega apabila percaturan hari ini berjaya yang menyaksikannya mengungguli saringan ketiga.
"Pelan hari ini memang untuk menang (perlumbaan pertama), tidak mahu pergi ke repechage untuk simpan tenaga sebanyak yang boleh.
"Esok ada tiga perlumbaan yang sengit dan sukar dalam satu sesi pagi.
"Sebelum perlumbaan saya doakan agar tidak ditimpa kemalangan, macam rakan saya, Shah Firdaus.
"Saya juga berdoa supaya elak daripada dikepung. Perlumbaan tadi saya berjaya melaksanakannya dengan begitu baik.
"Alhamdulillah tiada kemalangan itu penting supaya saya (dalam keadaan) segar esok," katanya yang memenangi pingat gangsa Kejohanan Dunia 2019.
Astro Arena
Sat Aug 07 2021
Semangat juang Shah Firdaus untuk terus berjuang di Velodrom Izu tidak sedikit pun berkurang selepas insiden kemalangan di Velodrom Izu petang tadi. - Gambar/ Reuters
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api
Acara kemuncak tersebut ialah perarakan atlet dengan 10 orang mewakili kontinjen negara dengan Malaysia merupakan kontinjen ke-139 memasuki stadium yang mampu menempatkan 68,000 penonton.
Paralimpik Tokyo: Tak kira apa keputusannya, anda tetap wira untuk Malaysia - PM Ismail Sabri
Beliau juga berdoa agar Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo dan lagu Negaraku turut berkumandang di sana bagi meraikan kejayaan mereka.
Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo
Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.
Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.
Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet
Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya
Mungkin kita boleh lihat prestasi kontinjen China dalam Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu sudut untuk mengenali pembangunan kekuatan fizikal rakyat negara itu dan dari aspek hak asasi.
Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records
Diiktiraf selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.