TOKYO: Tiada kilauan pingat kedua buat kontinjen Malaysia pada hari ke-10 temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini, selepas penerjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri menamatkan cabaran di tempat keempat di Pusat Akuatik Tokyo.
Nur Dhabitah terpaksa akur di kedudukan keempat saingan akhir 3 meter (m) papan anjal wanita individu setelah mengumpul 326.15 mata selepas lima pusingan.
Juara bertahan dari China Shi Tingmao, yang mengumpul 383.50 mata memenangi pingat emas, manakala rakan senegaranya, Wang Han meraih perak setelah mengutip 348.75 mata, sementara pingat gangsa milik Krysta Palmer setelah penerjun Amerika Syarikat itu mencatat 343.75 mata.
Namun, biarpun terlepas peluang menyumbangkan pingat kedua kepada Malaysia hari ini, aksi Nur Dhabitah mencuri tumpuan rakyat Malaysia sehingga menjadi 'trending' di media sosial, apabila penerjun kelahiran Kuala Lumpur itu sentiasa mengukir senyuman ketika melakukan terjunan.
Ditanya mengenai penampilannya yang sentiasa senyum ketika melakukan terjunan, Nur Dhabitah berkata beliau benar-benar menikmati sepenuhnya suasana saingan hari ini, apatah lagi dapat beraksi di pentas akhir.
BACA: Tokyo 2020: Di sebalik tangisan, Dhabitah pamer semangat juang tinggi
BACA: Tokyo 2020: Tidak bawa pulang pingat, senyuman Nur Dhabitah paling 'win'
Di Enoshima Yacht Harbour, kerosakan pada sistem layar 'spinnaker' atau layar ketiga bot menjejaskan saingan hari keempat Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali dalam acara International 470 Wanita, hari ini.
Situasi tersebut menyebabkan Nuraisyah dan Juni gagal menamatkan perlumbaan kelapan.
Terdahulu, gandingan negara itu menamatkan saingan di tempat ke-20 pada perlumbaan ketujuh awal hari ini, menyaksikan gandingan Hannah Mills-Eilidh McIntyre dari Great Britain mengungguli saingan tersebut.
Selepas lapan perlumbaan, Nuraisyah-Juni berada di kedudukan ke-20 daripada 21 pelayar secara keseluruhan, dengan 130 mata bersih manakala Hannah-Eilidh mendahului carta dengan catatan 18 mata bersih.
Perlumbaan kesembilan dan ke-10 akan bersambung esok.
Sementara itu, pemain golf negara Gavin Green gagal memperbaiki pencapaiannya pada edisi lepas, apabila menamatkan cabaran pada Sukan Olimpik Tokyo dengan berkongsi kedudukan ke-57, selepas mencatat keseluruhan empat atas par 288 dalam saingan empat pusingan itu.
Pemain berusia 27 tahun itu mencatat 74-72-70-72 untuk berkongsi kedudukan dengan atlet Puerto Rico Rafael Campos (73-73-70-72), daripada 60 pemain yang bertanding dalam acara tersebut.
Juara empat kali Jelajah Persatuan Pemain Golf Profesional (PGA) Xander Schauffele dari Amerika Syarikat, meraih pingat emas selepas mencatat 18 bawah par 266.
Pada temasya edisi Rio 2016, Gavin menamatkan saingan di tempat ke-47 selepas acara berkenaan kembali dipertandingkan di pentas Olimpik selepas tempoh 112 tahun.
Berikutan berakhirnya acara lelaki individu, pemain golf wanita utama negara Kelly Tan akan memulakan aksi dalam acara wanita individu pada Rabu depan.
Semalam, pasangan Aaron Chia-Wooi Yik menyumbangkan pingat gangsa yang juga pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo, apabila menumpaskan beregu Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17, 21-14 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat di Musashino Forest Sport Plaza.
Bernama
Sun Aug 01 2021
Nur Dhabitah terpaksa akur di kedudukan keempat saingan akhir 3 meter (m) papan anjal wanita individu setelah mengumpul 326.15 mata selepas lima pusingan. - Gambar/ Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api
Acara kemuncak tersebut ialah perarakan atlet dengan 10 orang mewakili kontinjen negara dengan Malaysia merupakan kontinjen ke-139 memasuki stadium yang mampu menempatkan 68,000 penonton.
Paralimpik Tokyo: Tak kira apa keputusannya, anda tetap wira untuk Malaysia - PM Ismail Sabri
Beliau juga berdoa agar Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo dan lagu Negaraku turut berkumandang di sana bagi meraikan kejayaan mereka.
Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo
Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.
Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.
Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet
Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya
Mungkin kita boleh lihat prestasi kontinjen China dalam Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu sudut untuk mengenali pembangunan kekuatan fizikal rakyat negara itu dan dari aspek hak asasi.
Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records
Diiktiraf selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.