awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BM, Sejarah SPM diwajibkan untuk sekolah antarabangsa, agama dan UEC - PM Anwar
RPN: Matriks pembelajaran Tahun 4, Tingkatan 3 fokus intervensi, pengukuhan kurikulum
Lonjakan pendidikan mesti diterjemah kepada nilai, disiplin dan prestasi lebih baik - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tottenham lengkapkan pembelian Xavi Simons dari RB Leipzig

Bernama
Bernama
30/08/2025
04:02 MYT
Tottenham lengkapkan pembelian Xavi Simons dari RB Leipzig
Di pentas antarabangsa, Simons telah meraih 28 kaps bersama skuad Belanda dengan menjaringkan lima gol sejak membuat penampilan sulung pada Piala Dunia 2022 di Qatar. - Foto Tottenham Hotspur
LONDON: Tottenham Hotspur telah melengkapkan pembelian pemain antarabangsa Belanda Xavi Simons dari RB Leipzig dengan nilai EUR60 juta (kira-kira RM301 juta), lapor Xinhua.
Pemain tengah berusia 22 tahun itu, antara pemain paling dikehendaki di Eropah pada musim panas ini, berkata menyertai Spurs adalah impian sejak sekian lama selepas melepasi ujian perubatan.
Simons cemerlang bersama Leipzig dengan menjaringkan 22 gol dan melakukan 24 bantuan jaringan dalam 78 penampilan.
Beliau pada mulanya menyertai kelab Bundesliga itu secara pinjaman daripada Paris St-Germain pada 2023 sebelum berpindah secara tetap pada Januari tahun ini.
Di pentas antarabangsa, Simons telah meraih 28 kaps bersama skuad Belanda dengan menjaringkan lima gol sejak membuat penampilan sulung pada Piala Dunia 2022 di Qatar.
"Saya sangat gembira dan tidak sabar untuk memulakan aksi. Ia sebuah kelab hebat dan sebaik sahaja bertemu ketua jurulatih, saya terus tahu ini adalah tempat yang tepat untuk saya," kata Simons.
aura. pic.twitter.com/BvvvhFmeBv
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) August 29, 2025
Pengurus Spurs Thomas Frank mengalu-alukan pemain baharunya itu, menyifatkan Simons sebagai "tambahan hebat" dengan "pengalaman berharga" walaupun masih muda.
Simons menjadi pemain ketiga utama ditandatangani Tottenham musim panas ini selepas ketibaan Joao Palhinha dan Mohammed Kudus.
He's coming into a team that is working hard for each other, and I think he will fit very well into that. Thomas Frank Xavi Simons pic.twitter.com/7dfA5ncVZ3
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) August 29, 2025
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Xavi Simons
#Tottenham Hotspur FC
#Thomas Frank
#Belanda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan